TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, September 28, 2013

Ye Olde Smokehouse


Kalau 'mendaki' ke kawasan Tanah Tinggi Cameron, kunjungan terasa ada kekurangan sekiranya tidak singgah di Ye Olde Smokehouse.  Kiranya smokehouse antara mercu tanda yang paling popular dikunjungi bila sampai kat Cameron Highlands.

Walau pun mercu tanda ini bukan kawasan umum...tapi kalau nak bergambar kat sini selalunya tiada masalah...yang penting kenalah minta izin dulu dengan pihak pengurusannya...dapatlah bergambar disekitar kawasan luarnya.  

Antara 'spot bergambar' yang selalu diberikan kebenaran seperti dibawah ni :

Pintu Masuk  & Bangunan Utama Smokehouse :  Tarikannya Taman Inggeris, Bangunan Rekabentuk English

Galeri Inggeris juga selalunya akan menjadi pilihan pengunjung untuk merakamkan kenangan bersama keluarga apabila berada di Smokehouse ni...
Bahagian Dalam Penyambut Tetamu : Tarikan Galeri Inggeris.



Berdekatan dengan pintu masuk smokehouse ni, terdapat juga beberapa bilik penginapan yang boleh anda minta kebenaran untuk merakamkan kenangan anda di sini walau pun tidak menginap di hotel ini....tapi gambar dari luar je la....

Sekitar kawasan Bilik Penginapan...

Suasana dalam bilik di Smokehouse ni boleh anda rakamkan kenangannya sekiranya anda bermalam di sini...
Suasana dalam bilik penginapan....

Apabila sudah bermalam...pastilah ada sarapan pada keesokan paginya...boleh la menikmati santapan pagi di Cafe Smokehouse ni...

Menikmati Atmosphere sarapan Ala Inggeris....stail ala carte & bukan buffet...tapi memang terbaikkkk!!!!

















Sekiranya anda sukakan percutian yang eksklusif dan penuh ketenangan, Smokehouse pilihan yang memang bijak .  Berbaloi atau tidak...kenalah anda mencuba sendiri kerana perkara yang subjektif macam ni ....lain orang lain penilaiannya...tak gitu.... tapi kalau tanya aku dan  keluarga... kira berbaloilah...








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...