TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Friday, October 19, 2012

Final Piala Malaysia 2012 : Pertembungan 2 Sang Juara


AstroLigaPremier.jpg               LWN             Liga super.jpg

       ATM                                          KELANTAN


Siapakah yang lebih Hebat ?  Juara Liga Perdana atau Juara Liga Super.   Itulah sebenarnya perhitungan yang menjadi tumpuan pada kemuncak Piala Malaysia 2012.

Jika diukur mengikut status Liga, Kelantan seharusnya lebih kuat kerana menjadi Juara untuk Liga yang paling berprestij di Malaysia.    ATM sekadar juara liga yang dianggap 'kelas 2'  sahaja.

Namun di atas padang, ATM telah membuktikan pasukan mereka lebih hebat daripada pasukan Liga Super , untuk layak beraksi di pentas final tahun ini.   Rekod pertemuan mereka bersama Kelantan pada tahun ini juga  nampak seimbang, seri sekali dan kalah tipis sekali.   Rekod pertemuan mereka pada tahun ini  menggambarkan peluang untuk kedua-dua pasukan 50-50, biar pun ramai yang meramalkan Kelantan mempunyai kelebihan untuk menjuarai Piala Malaysia edisi 2012 ini.

Prestasi pemain ketika perlawanan akhir nantilah yang menentukan sebenarnya siapa yang lebih hebat pada tahun ini.  Selamat berjuang kepada 2 sang JUARA untuk bergelar JUARA ANTARA JUARA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...