Pasukan Filipina sudah pastinya akan tetap membanggakan rantau Asia Tenggara biar pun tewas 0-1 kepada pasuka Korea Selatan pada aksi pembukaan peringkat kumpulan.
Korea, pasukan ranking ke 4 Asia dan penuh dengan pengalaman bermain di peringkat lebih tinggi iaitu Piala Dunia, tetap bermandi peluh untuk menumpaskan Filipina, pasukan ranking 21 Asia dan pastinya lawan yang lebih rendah reputasinya dalam sukan bola sepak.
Mengapa Filipina membanggakan Asia Tenggara ? Jawapannya mudah, ini penampilan kali pertama di Piala Asia dan tewas dengan jaringan tipis kepada pasukan yang cukup berpengalaman dan mempunyai reputasi yang cukup gah di peringkat Asia dan juga dunia.
Sekalung tahniah buat pengendali Filipima,Sven Goran Eriksson, yang pastinya masih boleh tidur lena dan tidak akan menerima nasib malang seperti Milovan Rajevac yang 'ditendang' keluar awal oleh pasukan 'Harimau Biru'.
No comments:
Post a Comment