TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Sunday, January 6, 2019

'Harimau Biru' Tendang Keluar Jurulatih 'Gajah Perang'



Milovan Rajevac akhirnya ditunjukkan jalan keluar oleh 'Harimau Biru'.    Video di atas menjelaskan mengapa kesan ngauman 'Harimau Biru' amat memedihkan berbanding ngauman  'Harimau Malaya' menyekat 'Gajah Perang' untuk ke pentas final Piala AFF 2018.

Ketika 'Harimau Malaya' mencakar maruah 'Gajah Perang' pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 lalu, ramai pemain utama tidak berada dalam senarai skuad Milovan Rajevac pada masa itu.   Maka terselamatlah Milovan Rajevac.   Namun kali ini tiada lagi alasan yang mampu untuk diberikan dan hanya 'jalan keluar' mampu ditunjukkan atas maruah yang telah dicalarkan oleh pasukan India yang lebih popular dan gah sebagai negara kuasa sukan kriket dan hoki berbanding bola sepak di peringkat antarabangsa.

Tahniah buat skuad 'Harimau Biru' ...dan buat skuad 'Gajah Perang' peluang tetap masih ada...maruah Asia Tenggara harus dijaga agar tidak dilabelkan sebagai pasukan belasahan dalam kejohanan tertinggi di benua Asia.

Maklumat lanjut jadual perlawanan dan keputusan perlawanan Piala Asia 2019, klik Asian Cup UAE 2019
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...