TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Sunday, April 29, 2012

Piala FA 2012 : Siaran Langsung Separuh Akhir 2 ( 1 Mei 2012 )



RTM , menerusi TV1, akan membawakan siaran langsung EKSKLUSIF PERCUMA, mulai 8.40 malanm, membabitkan pertembungan :





RTM juga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung Piala FA@Media baru RTM ni...Camne nak tonton Siaran Langsung Piala FA@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .



ASTRO ARENA pula akan menyiarkan secara langsung EKSKLUSIF, mulai pukul 8.00 malam,  perlawanan antara :
















*  Keputusan perlawanan Separuh Akhir 1 dalam kurungan.




Budak-Budak 21 Sri Lanka...Patutla Menang Besar....

" Tak jadilah ke STADIUM TENGOK HARIMAU MALAYA...BARU TENGOK PRESS STATEMENT COACH SRI LANGKA MENGESAHKAN MEREKA BAWA TEAM MOSTLY BUDAK2 BAWAH 21...MALU NAK TENGOK RESULT PUN DAH PASTI 7-0 bokali..."


Begitulah petikan FB Tan Sri Anuar Musa, sebelum bermulanya perlawanan persahabatan kelas A , antara Harimau Malaya bertemu Sri Lanka.


Saya pasti ramai lagi yang mempunyai pandangan sinikal seperti di atas terhadap pasukan Harimau Malaya.     Apabila Harimau Malaya 'Berpesta GOL' di Stadium Shah Alam, dengan 6 jaringan tanpa balas semalam, pelbagai pandangan yang diutarakan.   Ada yang gembira.... ada yang kata membuang masa dan tenaga...ada yang kata perlawanan hiburan....dan bermacam lagi.         Erti  kata lainnya, serba tak kena kepada pasukan Harimau Malaya.    'Menang'  pun salah, kalau 'Kalah'...lagilah salah besar....Kesian juga pada jurulatih bola sepak di Malaysia ni.


Namun bagi saya, kemenangan Besar Skuad Rajagopal ke atas Sri Lanka cukup membanggakan.    Justifikasinya mudah je....Rajagopal juga menurunkan bukan skuad sebenar ketika menentang pasukan Sri Lanka, yang dikatakan dibarisi kebanyakannya pemain bawah 21 tahun mereka.   Erti kata lainnya skuad harimau Malaya ketika menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam juga adalah sekadar skuad 'Ujikaji Harimau Malaya', yang kebanyakannya pemain muda negara.    Jadi apa yang kita nak 'malukan'  apabila kita menang besar di Shah Alam ?     


Mungkin ada yang kata buang masa saje lawan team Sri Lanka yang lemah dan tidak sama taraf dengan kekuatan kita.   Bagi saya, tidaklah membuang masa atau tenaga kerana sekurang-kurangnya dapatlah juga mata yang mungkin boleh memperbaiki kedudukan ranking FIFA pasukan Malaysia pada masa akan datang.   Kalau pun FAM kata ranking tak penting, tapi apa salahnya kalau kita berada di ranking yang lebih baik....tak gitu ?


Bagi saya buang masa dan tenaga kalau pasukan Harimau Malaya menentang pasukan kelab EPL seperti Man. City,  yang dijadualkan pada Julai nanti.   Justifikasinya mudah sahaja...Perlawanan itu adalah perlawan pertunjukkan.....jadilah ia seperti permainan sarkas....memanglah dapat bermain dengan pemain terhebat dunia.....tetapi kalau mereka sekadar bermain seperti latihan memanaskan badan sahaja dalam permainan itu....apa pendedahan yang pemain kita dapat.   Penat dan rasa bangga sajalah kerana dapat pernah bermain dengan pemain hebat dunia.   Faedahnya apa ?  Sama-samalah kita fikirkan..... 


Kepada Rajagopal dan pemain HARIMAU MALAYA.....jangan hiraukan 'jeritan' dan 'kritikan' negatif terhadap pasukan Harimau Malaya.   Teruskan fokus dan usaha untuk kejayaan dan kegemilangan bola sepak MALAYSIA 'Tanah Tumpahnya Darahku'.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...