TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, August 20, 2016

Jadual Suku Akhir (1) Piala Malaysia 2016

Piala Malaysia edisi 2016 semakin menghampiri kemuncaknya dengan 8 pasukan telah pun mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.  Selangor, PKNS, Kedah, N. Sembilan, PDRM, T Team, FELDA United dan Kelantan meneruskan kemaraan untuk bergelar juara Piala Malaysia 2016.

Berikut Jadual Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016 :



Monday, May 30, 2016

#rtmkita bakal ubah 'ANGKASAPURI'


RTM sebagai stesen penyiaran pilihan utama rakyat Malaysia.... Itulah yang sedang dan akan diusahakan menjadi realiti  menerusi kempen #rtmkita.  Strategi menggunakan kepakaran daripada tenaga Universiti Salford (UoS) diharapkan menjelmakan impak positif dalam Program Transformasi RTM ini.

Pelancaran Dialog Mega pada 25 Mei 2016 di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia adalah simbolik bermulanya secara rasmi kempen #rtmkita dan sehingga 8 Jun 2016, diharapkan dapat mencapai sasaran mengumpul sekurang-kurangnya 10,000 ribu pandangan/idea/harapan/komen daripada kakitangan RTM di seluruh negara dalam usaha membantu merealisasikan Program Transformasi RTM.








Tumpuan kempen #rtmkita kepada empat bidang utama iaitu bidang kebajikan, sikap, penerbitan dan fasiliti teknikal serta kandungan rancangan .  Demi membina semula Empayar RTM yang pernah gagah dan gemilang  dalam industri penyiaran Malaysia pada kira-kira 30 tahun yang lalu , marilah kita bersatu dengan menyatakan sokongan kepada kempen #rtmkita dengan menghantar pandangan/idea/komen/harapan  anda menerusi 

   i)   borang talian maklumbalas dalam talian ,sila klik di borang malumbalas #rtmkita   atau ;

 ii)   menerusi facebook 'Kita Dialog Mega' atau klik di facebook kita dialog mega

Saturday, January 23, 2016

GOLDCOAST SEPANG MENARIK KE?

Apa yang ada kat  Goldcoast Sepang?  Boleh lawan Goldcoast kat Australia tu ke?....hahahaha....kalau tanya aku jawapannnya manalah teman tau yob ....hahaha....sebab teman tak pernah sampai lagi kat Negara Kanggaroo tu....tapi teman rasa memang tak boleh lawan la yob dengan Goldcoast kat Autralia tu...


 Abis tu apa yang menariknya  Goldcoast Sepang atau  dikenali juga AVANI SEPANG kat Bagan Lalang ni? Aku  punye jawapan...walau pun tak secantik kat Australia...  tapi Goldcoast Sepang ni ada keunikan dan  pemandangan yang tersendiri sebenarnya...


 Tak percaya...cuba  tengok beberapa scenery yang  sempat  aku snap ni....

Pemandangan sebahagian daripada bilik penginapan POV Balkoni Bilik 204

Club House POV bilik 204

Lagi Pemandangan Sebahagian Bilik Penginapan

Scenery Bilik Penginapan POV Bilik 204

Lagi Pemandangan Indah sekitar Bilik Penginapan

Berselfie Di Depan Bangunan Menempatkan Kaunter Check In


Landmark Wajib Dirakamkan Ketika Di Goldcoast Sepang

Sungguh Mempesonakan...



Antara Sudut Yang Menarik Untuk Dirakamkan Foto


Langit Biru Dan Pasir Putih Menambah Seri Pantai Di Goldcoast Sepang

Selfie Lagi ... Kali Ini Di Pantai La Pulak...

Oppss.!!!.. Jangan Lupa Diri...

Keindahan Pasir Memutih...

Sekitar Kawasan Pantai di AVANI HOTEL





AVANI HOTEL Dari POV Pantai Restoren Perahu





Nak Dapat Foto Ini Kena Snap Dari Kawasan Pantai



Amacam....betul tak apa yang aku cakap...itu pandangan aku la kan....mungkin tak sama dengan korang ye tak.....Sebenarnya ada banyak lagi scenery yang menarik nak dikongsi....tapi cukuplah setakat ini dulu....nanti aku sambung lagi dalam entri yang lain....

Kepada yang ada minat...atau tertarik...nak menikmati keindahan di Goldcoast Sepang ni, nak dapatkan info lanjut klik kat SINI ...

AVANI SEPANG 2015



Kami sampai agak lewat sekitar 8.30 malam....selepas mendaftar masuk terus aje aku snap beberapa gambar suasana malam di bilik kami menginap....


Suasana malam daripada POV bilik 204 -Tingkat Atas ( Premier Traveller Palm Villa)

Suasana Balkoni Bilik 204  pada waktu malam

Ruang Dalam Bilik Premier Traveller Palm Villa

Bilik Mandi Premier Palm Villa
Ke Bilik Mandi...

Amacam....menarik tak?   Kalau tanya dengan aku....jawapannya 4.5 bintang daripada 5 bintang.....

Google+ Badge

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...