TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Tuesday, May 15, 2012

Pilihan 'Menu 3.0' Skuad Kijang Di Final Piala FA



Menang atau Kalah, pasukan Kelantan, pasti akan tetap membawa balik sekurang-kurangnya satu 'kemenangan' pada aksi kemuncak Piala FA 2012.   Itulah gambarannya  pilihan yang ada pada skuad bimbingan Bojan Hodak, sebagaimana Pilihan 'Menu 3.0' Skuad Kijang, yang saya rekakan dalam blog ini.  


Menu A atau Menu B?  Menu yang mana lebih digemari oleh mereka ?    Terpulanglah kepada kesebelasan pemain 'The Red Warriors' yang akan mengalas misi besar di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei nanti.   Bezanya menikmati Menu A sudah tentu dijanjikan dengan kelazatan dan kemanisan yang akan membuatkan mereka tersenyum lebar.   Menu B, tetap juga akan menikmati keenakannya namun akan diakhiri santapannya dengan mungkin penuh rasa kekesalan.


Istimewanya penampilan edisi ke 3 ( itulah sebabnya saya namakan 'menu 3.0' ), layak ke pentas final Piala FA kepada pasukan Kelantan ialah pasukan lawan, Sime Darby,  agak sukar untuk menandingi kehadiran dan sorakan penyokong
setia pasukan Kelantan.    Jumlah 40 ribu, atau mungkin lebih daripada itu, untuk membentuk 'gelombang merah' tidak mustahil untuk direalisasikan oleh penyokong setia pasukan Kijang.


Bagi pasukan Sime Darby, itulah hakikatnya yang perlu mereka tempuhi di Final Piala FA 2012 ini.   Cukup sukar untuk pasukan kelab kecil seperti Sime Darby menghimpunkan jumlah yang sama atau lebih daripada yang mampu Kelantan kumpulkan, sekali gus terpaksa merelakan 'menang sorak' menjadi milik Kelantan pada malam 19 Mei akan datang.   Namun harus diingat, tidak mustahil pula kepada Sime Darby untuk 'menang Piala' , seandainya semua yang dirancangkan berjalan lancar pada aksi di pentas final nanti.


Bagi saya peluang di final Piala FA 2012 tetap 50-50.   Sime Darby bukan lagi pasukan underdog tetapi sebenarnya sebuah pasukan yang memiliki kelasnya yang tersendiri dan itulah yang telah mereka buktikan di gelanggang pertandingan Piala FA 2012 ini.   Sime Darby juga tidak mustahil untuk memaksa pasukan Kelantan untuk memilih Menu B  dan bukannya Menu A dalam perlawanan Akhir Piala FA 2012.


Seandainya mahukan Menu A, Kelantan perlu menang dalam perlawanan akhir ini nanti.   Andainya sekadar inginkan pilihan menu B sahaja, mereka tidak perlu bekerja keras pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil nanti.


Pastikan secara langsung dibawakan ke skrin tv rumah anda, Perlawanan Akhir Piala FA 2012, disiarkan di TV1, RTM dan Astro Arena, mulai 8.30 malam, 19 Mei 2012 ini.


RTM juga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung FinalPialaFA2012@Media baru RTM ni...Camne nak tonton  Siaran Langsung FinalPialaFA2012 @Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...