TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Thursday, December 29, 2011

Hello Hello 2012.....GoodBye GoodBye 2011....DEBARANNYA...

Hello 2012...sehari lagi akan muncul tahun 2012....tahun yang dinantikan dengan penuh debaran. Apakah Debarannya , banyak tapi yang menduduki carta pertama, pastinya ramalan akan berlakunya kemusnahan besar kepada bumi oleh ramai 'peramal-peramal' di serata dunia. Lebih menakutkan lagi ada pula yang berani berkata KIAMAT akan berlaku. Tak ke bedebar dibuatnya. Namun janganlah kita dok panik tak tentu hala sangat. Sebagai Umat Islam, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui bila berlakunya kiamat. Jadi janganlah kita dok percaya pada 'peramal-peramal' yang ntah dari mana dapat mimpi mengatakan KIAMAT 2012. Biarkan lah mereka terjun dengan labu-labunya.... Bagi Umat Islam Al-Quraan telah menjelaskan tanda-tanda kiamat dengan jelas, bukannnya kiamat itu datang serta merta.

Menduduki carta kedua, pastinya debaran PRU13 di Malaysia kerana ramai yang meramalkan ianya akan berlaku pada 2012, ada yang kata Februari 2012...Mac 2012 dan macam-macam tarikh lagi sepanjang 2012. yang mendebarkan bukanlah tarikh PRU 13 itu diadakan, tapi sebenarnya suasana yang akan berlaku apabila PRU 13 itu diadakan. Macam-macam andaian dibuat sekarang ni. Yang paling ketara Parti Politik yang mahu bertanding telah mula berkempen walau pun tarikh PRU13 masih kabur-kabur lagi....silap-silap hari bulan 2013 baru ada....sapa tau kan. Semuanya terpulang kepada Kerajaan yang memerintah sekarang ni untuk membubarkan kerajaan. Mereka pasti lebih bijak dan mengetahui tarikh yang sesuai untuk berbuat demikian.

Di carta ke 3, debaran pingat emas pertama Malaysia di Olimpik la.... Harapan tinggi diletakkan pada bahu Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton. Yang mendebarkan sekarang ni ialah prestasi Datuk Lee Chong Wei yang agak tidak konsisten, sejak 'dibiarkan' tanpa didikan sifunya, Datuk Misbun. Kalau dahulu halangannya hanya Lin Dan, namun kini ditambah lagi seorang pemain muda China, Chen Long. Hanya Datuk Chong Wei dan Datuk Misbun sahaja yang tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk merealisasikan Emas Olimpik itu, pada firasat saya. Namun ramai yang agak terlepas pandang kepada jaguh berbasikal kita, Azizulhasni Awang, kerana beliau juga sebenarnya berpotensi besar menghadiahkan emas kepada negara. Sapa tau kan, rezeki beliau di London nanti.....

Di Carta ke 4, pastinya debaran mempertahankan Kejuaraan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada penghujung tahun 2012 nanti. Malaysia , selaku JUARA bertahan dan akan menjadi tuan rumah bersama dengan Thailand. Memang mendebarkan kerana ramai yang tidak mahu kita gagal ke perlawanan Akhir pada kejohanan itu nanti. Bukan pemain dan jurulatih saja yang berdebar yob.....peminat juga berdebar dibuatnya. Skuad Junior kita telah melakarkan kejayaan cemerlang pada 2011 dengan mengekalkan pingat emas di Sukan SEA Jakarta...jadi tahun 2012 ni skuad senior la plak kena meneruskan kesinambungan kegemilangan bola sepak kita di peringkat Asia Tenggara ni.

ok lah itu je yang aku nak kongsikan debaran menjelang 2012 yang akan muncul tak lama lagi ni.....HELLO HELLO 2012.....GOODBYE GOODBYE 2011.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...