TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Friday, December 27, 2013

Pick Your Own Strawberries@Cameron Highland





Strawberry dan Cameron Highland umpama irama dan lagu. Jika berkunjung ke Tanah Tinggi di Pahang ini sudah tentu rasa tidak lengkap sekiranya tidak mengabadikan kenangan dengan aktiviti berkaitan strawberi.  Paling 'koman', bak kata orang kampung, bergambar dengan pokok dan buah strawberi pun dah cukup bangga untuk membuktikan kita telah pun sampai di Cameron Highland ni...

Lebih menarik daripada bergambar, aktiviti memetik sendiri strawberi merupakan satu lagi tarikan yang ditawarkan di tanah tinggi ini.   Aktiviti ini dipanggil konsep agropelancongan...tapi nak join aktiviti ni kenalah keluar modal sikit yob...ada banyak tempat menawarkan pakej memetik strawberi...

Salah satu daripadanya macam gambar di bawah ni...

Lokasinya berdekatan dengan KEA Valley...kat mana KEA Valley?...ala yang dekat tempat orang beli belah sayuran tu...tak tau jugak...hotel Equatorial kat atas bukit di Cameron Highland tu...

Kat tempat aku petik ni harganya satu kilo RM50 (masa ni tahun 2013 la)...boleh masuk maksimum 6 orang petik untuk satu kilo. Kalu nak setengah kilo pun boleh tapi maksimum boleh masuk petik 3 orang je, macam kitaorang buat kat dalam gambar ni...

Buah strawberi yang kita petik letakkan dalam polisterin yang dibekalkan pada kita masa buah bayaran nak masuk di pintu masuknya.    Macam yang kat dalam gambar ni la bentuk polisterin tu...


Tapi masa petik tu kena pandailah agak beratnya sebab kalau kita bayar untuk setengah kilo tapi kita petik lebih daripada setengah kilo yang lebih tu nanti kta kena tambah bayaran lagi.  Macam kitorang petik ni lebih dah setengah kilo....kena la tambah dalam RM15 lagi kot masa tu...ye la dah hampir sekilo memetiknya.....cuba tgk hasil yang dituai kat bawah ni...





Tengok pada hasil yang kami petik...rasanya memang berbaloilah untuk duit yang kita keluar tu...lebih lagi kalau bawa anak-anak.  Bagus untuk diaorang dapat pengalaman dan pengetahuan tentang strawberi ni...kiranya ok la kan... keseronokan + pengalaman + pengetahuan = RM40 yang aku bayar....

Tapi kat sini kalau datang sekadar untuk nak bergambar dengan pokok strawberi memang tidak sesuai kerana kalau kita bayar sahja baru boleh akses untuk dapat pokok strawberi kerana kawasan kebunnya dipagar dengan zink....maknanya tak nampaklah daripada kawasan zon tak berbayar...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kalau tak nak memetik strawberi, tapi sekadar nak tengok dan bergambar dengan pokok strawberi dan  duduk santai sambil makan produk berkaitan dengan strawberi....lokasi ni boleh dijadikan salah satu pilihan kita...


Lokasinya di Kampung Sedia.  Kat mana kampung ni?...ala yang dekat dengan padang golf  Cameron Highland tu...lokasinya di tengah-tengah perjalanan antara Pekan Tanah Rata dan Pekan Brinchang...ala yang dekat dengan Smoke House tu...Kawasan ni merupakan kawasan perkampungan melayu...ada banyak pusat seperti ini di sekitar kampung Sedia ini.

Kat sini kita boleh tengok dan bergambar dengan pokok strawberi lebih dekat tanpa perlu bayar...
Dah penat mengambil gambar, menu Strawberi coklat antara menu wajar untuk dicuba di sini...


Di sini satu polisterin strawberi coklat dijual pada harga RM13 (ni harga pada tahun 2013 la )...berapa biji strawberi satu polisterin?...cuba tengoklah sendiri kat gambar bawah ni ....




Semoga catatan ini dapat memberikan sedikit idea untuk anda merancang percutian di Cameron Highland, Pahang.



2 comments:

SITI NORBAINI said...

Sangat geram dengan warna stoberi yang dipetik...err, kirimlah sebiji dua pada kami-kami dibawah ni

Unknown said...

hahaha...ni bln 5 2013 g....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...