TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, May 28, 2011

TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Seperti biasa rutin harianku selain kerja ku di opis, aku akan hantar dan ambil heroku pergi prasekolah. Umur heroku ni baru 5 tahun je. Maklum lah zaman canggih ni kena hantar awal ke prasekolah. Risau gak kalau lambat hantar belajar....jauh lak dia tetinggal. Aku dulu 7 tahun baru mula sekolah...tadika pun takde. Tapi bukan itu cerita yang nak aku kongsikan....

Cerita yang sebenarnya....pada satu hari aku ambil heroku ni dari sekolahnya. Masuk je kereta aku pun tanyalah dia ada banyak tak kerja rumah hari ini. Aku bertanya dalam bahasa 'orang putih'...taklah tergamak la aku nak tulis kat sini...maklumlah orang kita kata 'broken english'...tapi mesejnya orang faham...kira okey lah tukan....nak tau apa herokuk jawab :

Heroku : papa cakap melayu lah....jangan lah cakap English....

Aku : kenapa tak boleh cakap English ?

Heroku : kita orang Melayu kena lah cakap Melayu....

Aku : Takpe la orang melayu pun boleh cakap English...

Heroku : orang Melayu kenalah cakap Melayu papa..

Aku : habis tu nak cakap English dengan sape ?

Heroku : kalau nak cakap English kena dengan orang bukan Melayu...

Sambil memandu aku tersenyum. Aku tertanya-tanya sape yang ajar dia cakap macam tu...
Aku tak pernah pula ajar dia macam tu. Dalam hatiku tertanya-tanya...tak tau lah samada ia petanda Positif atau negatif. TAPI YANG PASTI TERINGAT KATA HANG TUAH...TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Sunday, May 15, 2011

Cotton Shoppe: JUALAN PRA RAYA (COTTON BERKAKI )

Cotton Shoppe: JUALAN PRA RAYA (COTTON BERKAKI ): "KOD KAIN : K1 HARGA : RM 90.00 KOD KAIN : K2 HARGA : RM 90.00 KOD KAIN : K3 HARGA : RM 90.00..."

Sunday, May 1, 2011

Dunia Jakie: Saad Abi Waqqas r.a : Orang Pertama Menyebarkan Dakwah Islam di China

Dunia Jakie: Saad Abi Waqqas r.a : Orang Pertama Menyebarkan Dakwah Islam di China

Saad Abi Waqqas r.a : Orang Pertama Menyebarkan Dakwah Islam di China

MEMORIAL SAAD ABI WAQQAS


Bangunan Memorial Saad Abi Waqqas

Memorial Saad Abi Waqqas dibina sebagai menghargai sumbangan jasanya menyebarkan dakwah Islam di China.   Lokasi makamnya di kota Guangzhou, wilayah Guangdong, China.


Pemandangan dari depan Memorial Saad Abi Waqqas

Memorial ini menjadi tumpuan pelancong dari luar negara dan tempatan setiap kali berkunjung di Bandaraya Guangzhou.

Nama Saad Abi Waqqas pada papan tanda pada pintu masuk Memorial Saad Abi Waqqas 




 pintu masuk ke dalam makam Saad Abi Waqqas

Dicatatkan dalam sejarah China, Saad Abi Waqqas merupakan orang pertama menyebarkan dakwah Islam di China. Saad Abi Waqqas telah singgah di Pelabuhan Canton (kini Guangzhou) pada sekitar abad ke 7 masehi.


Pandangan dari dalam bangunan Memorial Saad Abi Waqqas

Terdapat 3 pandangan tentang Makam sebenar Saad Abi Waqqas iaitu :

1. Baginda disemadikan di kota Mekah

2. Baginda disemadikan di Syam.

3. Baginda disemadikan di Guangzhou, China

Namun ramai yang percaya , Saad Abi waqqas sebenarnya disemadikan di mekah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...