TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Wednesday, December 29, 2010

Dunia Jakie: Cuti, Khairul Fahmi & Safee Sali

Dunia Jakie: Cuti, Khairul Fahmi & Safee Sali: "Perdana Menteri mengumumkan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum kepada rakyat Malaysia. Sejarah yang dicipta pasukan Harimau muda di Piala A..."

Cuti, Khairul Fahmi & Safee Sali

Perdana Menteri mengumumkan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum kepada rakyat Malaysia. Sejarah yang dicipta pasukan Harimau muda di Piala AFF 2010 cukup membanggakan dan mengembirakan hati Perdana Menteri Malaysia. Mana tidaknya, inilah kali pertama Malaysia berjaya muncul juara pada kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau ASEAN. Percubaan kali pertama pada final 1996, dimusnahkan oleh skuad Thailand. Rasional kepada pemberian cuti oleh Perdana Menteri itu cukup mudah untuk difahami kerana sudah lama rakyat Malaysia tidak merasai saat manis seperti ini, dinobatkan jaguh bolasepak Asia Tenggara. Inilah 'HADIAH' kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka kepada wira muda kita yang berjuang demi maruah BANGSA MALAYSIA.

Sekalung tahniah kita ucapkan kepada Skuad Harimau Muda yang telah bermain dengan penuh komitmen untuk mencapai tahap JAGUH BOLASEPAK ASIA TENGGARA. Saat ini topik Harimau Malaya dan cuti umum ini menjadi bualan jutaan rakyat Malaysia.

Bagi saya cuti ini mungkin tidak akan menjadi realiti seandainya tiada ketangkasan Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia, menyelamatkan sepakan penalti Indonesia dan kelincahan Safie merobek gawang Indonesia di Jakarta semalam.

Sukar untuk membayangkan bagaimana terjadi seandainya penalti dari pasukan Indonesia pada minit ke 17 itu gagal untuk diselamatkan, sudah pasti skripnya akan menjadi berbeza apabila moral pemain Indonesia bertambah kuat. Pasti Garuda akan mengamuk dengan lebih banyak serangan dan jaringan gol sebagaimana yang dipamerkan oleh mereka pada penghujung permainan setelah berjaya mendapatkan 2 gol.

Safee sali pula merupakan watak yang menghancurkan hati jutaan rakyat Indonesia hasil jaringan yang cukup menakjubkan di gelanggang lawan. Bukan gol nasib, tetapi gol yang bertaraf dunia seperti yang dilakukan oleh pemain bertarf dunia lain. Gol keramat itulah yang menutup kelantangan kritikan ramai pihak yang menyatakan Malaysia menang di Bukit Jalil kerana bantuan laser. Safee Sali membuktikan tanpa bantuan laser, rembatannya juga mampu menumpaskan penjaga gol Indonesia.

TAHNIAH MALAYSIA....ANDA JAGUH BOLASEPAK ASIA TENGGARA 2010.

Tuesday, December 28, 2010

Dunia Jakiejane: 'TSUNAMI' MALAYSIA 3 INDONESIA 0

Dunia Jakiejane: 'TSUNAMI' MALAYSIA 3 INDONESIA 0

'TSUNAMI' MALAYSIA 3 INDONESIA 0

Kemenangan bergaya dan menghiburkan pasukan Malaysia pada Final pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium nasional Bukit Jalil, 26 Disember 2010, menjadi seperti TSUNAMI di Indonesia. Kebetulan pula tarikh perlawanan itu sama dengan tarikh berlakunya Tsunami di Acheh beberapa tahun yang lalu.

Isu pancaran sinaran laser dikatakan punca pasukan GARUDA di baham pasukan HARIMAU. Apakah benar laser mampu menjanjikan kemenangan dalam perlawanan bola sepak? Andainya benar, inilah formula untuk pasukan di dunia ini, yang belum pernah mengecapi piala dunia, mendakap piala dunia, termasuklah negara kita MALAYSIA. Tidak perlulah mencari dan membentuk pasukan yang mantap tetapi bentuklah penyokong yang hebat skilnya memancarkan sinaran laser kepada pemain pasukan lawan. Tetapi persoalannya, sejauhmana kebenaran sinaran laser boleh menjanjikan kemenangan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...