TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, June 29, 2013

KELANTAN SEBARIS KUALA LUMPUR & KEDAH

Tahniah kepada Kelantan.   JUARA PIALA FA 2013.

Kemenangan menerusi gol sulung Norfarhan pada minit ke 15, sudah cukup untuk meletakkan Kelantan kini sebaris dengan Kuala Lumpur dan Kedah yang menjuarai Piala FA 2 Edisi berturut-turut.  Kuala Lumpur pasukan pertama melakukannya pada edisi 1993 dan 1994, diikuti Kedah pada musim 2007 dan 2008.   Peluang untuk Kelantan mencipta sejarah Piala FA pada edisi akan datang untuk menjadi pasukan pertama mencipta kejuaraan  hatrik berturut-turut.




Kepada pasukan JDT, jangan berputus asa.  Pasukan Kelantan mencuba 2 tahun berturut sebelum berjaya menjuarai Piala FA buat kali pertama.  Jadikan pengalaman edisi ini untuk berjaya pada edisi yang akan datang.

Apapun Tahniah juga kepada penyokong Kelantan dan JDT yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi di Stadium.  Hampir 100 ribu yang hadir dan suasananya cukup meriah walau pun berasak-asak di luar dan dalam stadium, sambil diriuhkan dengan sorakan dan nyanyian daripada kedua penyokong, namun tiada insiden yang tidak diingini berlaku.  Kekalkan semangat kesukanan yang tinggi ini untuk kemajuan sukan bola sepak negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...