TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Monday, May 30, 2016

#rtmkita bakal ubah 'ANGKASAPURI'


RTM sebagai stesen penyiaran pilihan utama rakyat Malaysia.... Itulah yang sedang dan akan diusahakan menjadi realiti  menerusi kempen #rtmkita.  Strategi menggunakan kepakaran daripada tenaga Universiti Salford (UoS) diharapkan menjelmakan impak positif dalam Program Transformasi RTM ini.

Pelancaran Dialog Mega pada 25 Mei 2016 di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia adalah simbolik bermulanya secara rasmi kempen #rtmkita dan sehingga 8 Jun 2016, diharapkan dapat mencapai sasaran mengumpul sekurang-kurangnya 10,000 ribu pandangan/idea/harapan/komen daripada kakitangan RTM di seluruh negara dalam usaha membantu merealisasikan Program Transformasi RTM.








Tumpuan kempen #rtmkita kepada empat bidang utama iaitu bidang kebajikan, sikap, penerbitan dan fasiliti teknikal serta kandungan rancangan .  Demi membina semula Empayar RTM yang pernah gagah dan gemilang  dalam industri penyiaran Malaysia pada kira-kira 30 tahun yang lalu , marilah kita bersatu dengan menyatakan sokongan kepada kempen #rtmkita dengan menghantar pandangan/idea/komen/harapan  anda menerusi 

   i)   borang talian maklumbalas dalam talian ,sila klik di borang malumbalas #rtmkita   atau ;

 ii)   menerusi facebook 'Kita Dialog Mega' atau klik di facebook kita dialog mega
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...