TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Tuesday, May 29, 2012

Siaran Langsung Malaysia vs Filipina ( 1 Jun 2012 )






Zheng He & Kesultanan Melayu Melaka



Batu bersurat Zheng He ini mecatatkan nama Kesultanan Melayu Melaka sebagai pelabuhan yang pernah disinggahi oleh beliau pada sekitar kurun ke 15.  Siapakah Zheng He ? Nama Zheng He memang agak asing dalam buku sejarah Melayu kerana  Zheng He lebih dikenali sebagai  Laksamana Cheng Ho dalam catatan sejarah Melayu.








Batu Bersurat Zheng He menjadi bukti perhubungan perdagangan dan Islam antara negara China dan Kesultanan Melayu Melaka telah bermula pada sekitar abad ke 15 lagi.











Batu Bersurat ini boleh dikunjungi sekiranya kita berada di Bandaraya Xian, Wilayah Shaanxi, China.     Ia terletak di perkarangan masjid Daxuexixiang, iaitu masjid terawal di China, yang dibina pada abad ke 7 masehi.



Negeri Terawal Menerima Islam di Malaysia



BUKTI KEDAH NEGERI TERAWAL MENERIMA ISLAM DI MALAYSIA
 


Batu Bersurat Ibn Sirdhan ini merupakan satu daripada inskripsi yang menjadi bukti kewujudan Islam di Kedah telah bertapak sekitar abad ke 9 lagi.



Batu bersurat Ibn Sirdhan, mencatatkan nama Ibn Sirdhan dan tarikh 214 H atau 829 Masehi, yang ditulis dalam tulisan jawi. Batu ini yang telah dijumpai di kawasan atas gunung Jerai, telah menarik minat para pengkaji sejarah untuk membuat kajian tentang kewujudannya. 


Semenjak Abad ke 9 lagi, dicatatkan telah terdapat banyak rombongan perdagangan singgah di pelabuhan kedah,iaitu di sungai Merbok. Kebanyakannya datang dari negara Timur Tengah seperti negara Parsi dan Arab. Selain itu juga terdapat juga pedagang dari negara China dan India singgah di Kedah.








Wednesday, May 23, 2012

Suku Akhir Piala Thomas 2012 : Jepun & Denmark Layak ke Separuh Akhir





Keputusan Suku Akhir  Piala Thomas
---------------------------------------------------------

DENMARK   ( 3 )   vs    RUSIA  ( 0 )


JEPUN ( 3 )    vs   INDONESIA  ( 2 )




Maklumat terperinci keputusan Piala Thomas, klik disini




Monday, May 21, 2012

Piala AFC 2012 : Tonton Siaran Langsung Kelantan vs Terengganu Menerusi Telefon Pintar







Eksklusif PERCUMA dipancarkan langsung dari Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu, Kelantan :





RTjuga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton 
siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung PialaAFC2012@Media baru RTM ni...Camne nak tonton Siaran Langsung PialaAFC2012@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .


Panduan  lanjut untuk pengguna iPhone,ipad & ipod , sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Blackberry, sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Nokia, sila klik di sini


Maklumat terperinci Piala AFC 2012, klik PialaAFC2012






Sunday, May 20, 2012

Piala Thomas 2012 : Siaran Langsung Malaysia vs Denmark






Perlawanan terakhir kumpulan C, Piala Thomas 2012, EKSKLUSIF PERCUMA dipancarkan LANGSUNG dari Wuhan, China :






RTjuga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton 
siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung PialaThomas@Media baru RTM ni...Camne nak tonton Siaran Langsung PialaThomas@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .


Panduan  lanjut untuk pengguna iPhone,ipad & ipod , sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Blackberry, sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Nokia, sila klik di sini




Piala Thomas/Uber 2012 : Keputusan Penuh Hari Pertama ( 20.5.2012 )






Piala Thomas
---------------------



Kumpulan  A

CHINA ( 5 )    vs   ENGLAND  ( 0 )


Kumpulan  B

JEPUN ( 5 )    vs   NEW ZEALAND  ( 0 )



Kumpulan C

DENMARK ( 5 )   vs  AFRIKA SELATAN  ( 0 )


Kumpulan D

KOREA ( 5 )     vs    USA  ( 0 )






Piala  Uber 
-----------------


Kumpulan  A

CHINA ( 5 )    vs   AFRIKA SELATAN  ( 0 )




Kumpulan  B

TAIWAN ( 2 )    vs   BELANDA  ( 3 )


Kumpulan  C

KOREA ( 5 )    vs   AUSTRALIA  ( 0 )


Kumpulan   D

JEPUN  ( 5 )    vs   USA ( 0 )



Keputusan  terperinci Piala Thomas/Uber 2012, klik di sini

Friday, May 18, 2012

Sime Darby boleh 'TAPAU' Kelantan ?

Sime Darby boleh 'TAPAU'  Kelantan.    Itulah tajuk Berita Harian Online yang diinspirasikan tajuknya adaripada komen penyokong N. Sembilan yang mahukan Sime Darby Menang di Stadium Bukit Jalil malam nanti.   Baca disini.

Bagi saya memang tiada yang mustahil perkara itu boleh berlaku.    Faktor sorakan dan gelombang 'merah' yang lebih ramai di stadium bukanlah penghalang besar kepada Sime Darby.   Mereka telah biasa dengan situasi seperti itu kerana sememangnya mereka telah dilatih untuk bermain dengan bilangan penyokong yang kecil sebab mereka hanyalah 'kelab kerdil'.   Malahan mereka telah pun buktikannya di Terengganu.


Peluang 50-50 .   Namun tekanan sebenarnya lebih kepada skuad Kelantan yang telah  2 kali kecewa pada pentas akhir Piala FA ini.   Bagi Sime Darby , mereka telah pun 'menang' kerana telah pun  mencipta sejarah pasukan bertaraf kelab pertama berjaya meloloskan diri di pentas tertinggi Piala FA.  


Apakah Sime Darby akan 'kalah Sorak' tetapi 'menang piala' pada malam ini?    90 minit permainan, atau mungkin lebih daripada tempoh itu,  akan menjawab segalanya nanti.  


SELAMAT BERJUANG KEPADA PASUKAN KELANTAN DAN SIME DARBY.

Tonton Siaran Langsung Final Piala FA 2012 Menerusi RTM Mobile



Kelantan atau Sime Darby...?    Pasukan manakah pilihan anda yang bakal menjuarai Piala FA musim 2012 ini.    Debarannya dan kehangatannya kini kian terasa...


Kepada yang tidak berjaya mendapatkan tiket...usahlah gundah gulana....siaran langsung akan dipancarkan di skrin tv anda secara percuma melalui TV1, RTM...

















RTjuga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton 
siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung FinalPiala FA@Media baru RTM ni...Camne nak tonton Siaran Langsung FinalPiala FA@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .


Panduan  lanjut untuk pengguna iPhone,ipad & ipod , sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Blackberry, sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Nokia, sila klik di sini



15,000 lagi Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2012 Masih Belum Terjual

Masih Ada lagi tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2012...Di mana nak dapat klik disini





Kenali Laksamana Cheng Ho - Bah. 1

Laksamana Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 masehi, di perkampungan Hedai, Kunyang, Wilayah Yunnan, China. Nama sebenarnya Mah Sam Po dan diberikan nama timangan San Bao. Namun beliau lebih popular dengan panggilan Ma He atau haji Mahmud Shams. Beliau dikenali sebagai Zheng He dalam sejarah ketamadunan China.



Papan tanda rumah asal keluarga Laksamana Cheng Ho yang boleh dikunjungi di bandar Kunyang, China.



Pintu masuk ke rumah Laksaman Cheng Ho yang tersergam indah menanti kunjungan pelawat di Taman Zheng He, Bukit Yueshan, Kunyang.




Inilah rumah keluarga Laksamana Cheng Ho. Di sinilah beliau dibesarkan sebelum beliau ditangkap dan dibawa ke Istana Zhu Di oleh tentera Maharaja China pada tahun 1382 masehi.









Tuesday, May 15, 2012

Pilihan 'Menu 3.0' Skuad Kijang Di Final Piala FA



Menang atau Kalah, pasukan Kelantan, pasti akan tetap membawa balik sekurang-kurangnya satu 'kemenangan' pada aksi kemuncak Piala FA 2012.   Itulah gambarannya  pilihan yang ada pada skuad bimbingan Bojan Hodak, sebagaimana Pilihan 'Menu 3.0' Skuad Kijang, yang saya rekakan dalam blog ini.  


Menu A atau Menu B?  Menu yang mana lebih digemari oleh mereka ?    Terpulanglah kepada kesebelasan pemain 'The Red Warriors' yang akan mengalas misi besar di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei nanti.   Bezanya menikmati Menu A sudah tentu dijanjikan dengan kelazatan dan kemanisan yang akan membuatkan mereka tersenyum lebar.   Menu B, tetap juga akan menikmati keenakannya namun akan diakhiri santapannya dengan mungkin penuh rasa kekesalan.


Istimewanya penampilan edisi ke 3 ( itulah sebabnya saya namakan 'menu 3.0' ), layak ke pentas final Piala FA kepada pasukan Kelantan ialah pasukan lawan, Sime Darby,  agak sukar untuk menandingi kehadiran dan sorakan penyokong
setia pasukan Kelantan.    Jumlah 40 ribu, atau mungkin lebih daripada itu, untuk membentuk 'gelombang merah' tidak mustahil untuk direalisasikan oleh penyokong setia pasukan Kijang.


Bagi pasukan Sime Darby, itulah hakikatnya yang perlu mereka tempuhi di Final Piala FA 2012 ini.   Cukup sukar untuk pasukan kelab kecil seperti Sime Darby menghimpunkan jumlah yang sama atau lebih daripada yang mampu Kelantan kumpulkan, sekali gus terpaksa merelakan 'menang sorak' menjadi milik Kelantan pada malam 19 Mei akan datang.   Namun harus diingat, tidak mustahil pula kepada Sime Darby untuk 'menang Piala' , seandainya semua yang dirancangkan berjalan lancar pada aksi di pentas final nanti.


Bagi saya peluang di final Piala FA 2012 tetap 50-50.   Sime Darby bukan lagi pasukan underdog tetapi sebenarnya sebuah pasukan yang memiliki kelasnya yang tersendiri dan itulah yang telah mereka buktikan di gelanggang pertandingan Piala FA 2012 ini.   Sime Darby juga tidak mustahil untuk memaksa pasukan Kelantan untuk memilih Menu B  dan bukannya Menu A dalam perlawanan Akhir Piala FA 2012.


Seandainya mahukan Menu A, Kelantan perlu menang dalam perlawanan akhir ini nanti.   Andainya sekadar inginkan pilihan menu B sahaja, mereka tidak perlu bekerja keras pada perlawanan di Stadium Bukit Jalil nanti.


Pastikan secara langsung dibawakan ke skrin tv rumah anda, Perlawanan Akhir Piala FA 2012, disiarkan di TV1, RTM dan Astro Arena, mulai 8.30 malam, 19 Mei 2012 ini.


RTM juga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung FinalPialaFA2012@Media baru RTM ni...Camne nak tonton  Siaran Langsung FinalPialaFA2012 @Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile





Monday, May 14, 2012

Liga Super 2012 : Siaran Langsung 15 Mei 2012


RTM , menerusi TV1, secara eksklusif PERCUMA, mulai 8.40 malam, akan membawakan pertemuan Liga Super 2012 membabitkan pertemuan :




RTM juga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung LigaSuper2012@Media baru RTM ni...Camne nak tonton  Siaran Langsung LigaSuper2012@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .


Astro ARENA pula akan membawakan siaran langsung Liga Super 2012 mulai pukul 8.30 malam, pertemuan berikut :
























Saturday, May 12, 2012

Liga Super 2012 : Keputusan Penuh Perlawanan 11 & 12 Mei 2012



12 Mei 2012
--------------------


LIONS XII FC  ( 3 )   vs  KEDAH ( 3 )



SARAWAK  ( 1 )   vs    SABAH  ( 0 )



PKNS  ( 0 )   vs  KELANTAN  ( 3 )



N. SEMBILAN  ( 2 )   vs  JOHOR FC ( 1 )


T TEAM  ( 2 )  vs  KUALA LUMPUR  ( 1 )



FELDA UNITED ( 2 )  vs  TERENGGANU ( 1 )





11 Mei 2012
-------------------

PERAK  ( 2 )   vs   SELANGOR ( 0 )







Maklumat terperinci Liga Super 2012, ikutinya diportalsukan



Thursday, May 10, 2012

Liga Super 2012 : Siaran Langsung 12 Mei 2012


RTM , menerusi TV1, secara eksklusif PERCUMA, mulai 8.40 malam, akan membawakan pertemuan Liga Super 2012 membabitkan pertemuan :





RTM juga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung LigaSuper2012@Media baru RTM ni...Camne nak tonton  Siaran Langsung LigaSuper2012@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .



Astro ARENA pula akan membawakan siaran langsung Liga Super 2012 mulai pukul 7.30 malam, pertemuan berikut :
























Liga Super 2012 : Jadual Perlawanan 12 Mei 2012


LIONS XII FC  vs  KEDAH
Stadium Jalan Besar
7. 45 malam



SARAWAK  vs   SABAH
Stadium Negeri, Kuching
8.15 malam



PKNS  vs  KELANTAN
Stadium MBPJ
8.45 malam



N. SEMBILAN   vs  JOHOR FC
Stadium Paroi
8.45 malam



PERAK    vs   SELANGOR
Stadium Perak, Ipoh
8.45 malam



T TEAM   vs  KUALA LUMPUR
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8.45 malam



FELDA UNITED   vs  TERENGGANU
Stadium hang Jebat
8.45 malam



Maklumat terperinci Liga Super 2012, ikutinya diportalsukan



Wednesday, May 9, 2012

Islam Di China : Mercu Tanda Etnik Muslim Hui Di China

TAMAN BUDAYA HUI



Taman Budaya Hui Terletak di Yoning, 45 minit dari bandaraya Yinchuan, Wilayah Ning Xia Hui



Pemandangan Pintu Masuk Utama ke Taman Budaya ini



Senibina rekaan Kerajaan Moghul menyambut kedatangan anda di Pintu masuk utamanya


Pemandangan landskap Indah ini akan menyambut sebaik sahaja memasuki ke dalam Taman Budaya ini


Antara penyambut tetamu Etnik Hui di Taman ini . Etnik Hui merupakan etnik minoriti muslim terbesar di China ,iaitu kira-kira 11 juta orang populasinya.



Pameran Sejarah Laluan Sutera pastinya menjadi tumpuan kerana kewujudan Etnik Hui di China amat berkait rapat dengan sejarah laluan sutera ini


Turut mencuri tumpuan pameran ikon pelayar paling masyhur di dunia dari Etnik Hui iaitu Zheng He atau di Malaysia dikenali sebagai Laksamana Cheng Ho


Masjid Golden Palace menjadi Mercu tanda kemegahan Islam Etnik Hui di Taman Budaya ini


Salah satu landskap menarik Masjid Golden Palace



Ruang Dewan  Sembahyang Utama Masjid Golden Palace


Salah satu sudut menarik dalam Masjid Golden Palace





Monday, May 7, 2012

Kala Malam Bulan Mengambang...








Tiga gambar di atas diambil antara 11.40 hingga 11.45 malam pada 7 Mei 2012





Piala AFC 2012 : Pilihan Kelantan... 'Simpang LULUS' atau 'Simpang GAGAL'...



Menang atau Seri pada perlawanan terakhir kumpulan, akan menjamin untuk slot ke pusingan kedua Piala AFC 2012 kepada skuad kendalian Bojan Hodak.   Itulah percaturan mudah untuk Kelantan mencipta sejarah di Piala AFC 2012, sekali gus mengiringi pasukan Terengganu, yang telah pun layak ke pusingan ke 2.

Namun jalan mana yang ingin dipilih oleh skuad Kijang, 'simpang LULUS' atau 'simpang GAGAL' ?  Di atas kertas, 'Simpang LULUS' lebih cerah untuk dituju, apatah lagi bermain di laman keramat,  Stadium Sultan Mohd. IV pada perlawanan terakhir kumpulan H.    Namun, di atas padang, pasukan Ayeyawady United dari Myanmar masih boleh menghalakan laluan Kelantan ke 'Simpang GAGAL'.   Itu tidak mustahil berlaku sekiranya  Kelantan mampu dijinakkan dan pasukan Navibank Saigon mencipta kemenangan dalam satu lagi perlawanan, dengan syarat  boleh memadamkan kelebihan perbezaan gol pasukan 'The Red Warriors'.  


Episod duka kalah 1-3 pada Ayeyawady United pada pertemuan di Myanmar seharusnya dilupakan dan ditukarkan dengan sesuatu yang lebih bermakna di hadapan penyokong sendiri.   Saya percaya semangat 
'layak ke pentas akhir Piala FA' dan 'jinakkan skuad muda Singapura', yang masih segar, pastinya akan menjadi inspirasi untuk Kelantan bergaya melangkah ke Pusingan ke 2 Piala AFC 2012. 

Berikut kedudukan terkini kumpulan H setelah  menamatkan 5 perlawanan:


Carta Kumpulan H

1.  KELANTAN                     -  10  mata

2.  NAVIBANK SAIGON        -  7 mata

3.  AYEYAWADY UNITED     -  7 mata

4.  AREMA INDONESIA        -  4  mata





Maklumat terperinci tentang Piala AFC 2012, ikutinya Piala AFC 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...