TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Monday, April 30, 2012

Piala FA 2012 : Kedah vs Sime Darby di Final ?



Menjelang perlawanan separuh Akhir 2, 1 mei ini, pelbagai ramalan mula kedengaran mengenai pasukan mana yang akan beraksi di pentas kemuncak Piala FA 2012.   Ada yang ramalkan Terengganu dan Kelantan akan bangkit untuk bertembung di final nanti.   Tidak kurang juga yang mahukan pasukan Sime Darby, mencipta sejarah untuk pertama kalinya menjejakkan kaki beraksi di pentas paling berprestij dalam kejohanan Piala FA ini, sekali gus membuka peluang juara baru dinobatkan pada musim ini.   

Persoalan siapa yang akan berjaya meloloskan diri di pentas kemuncak Piala FA 2012, hanya akan terjawab setelah berakhir 90 minit permainan dalam Separuh Akhir 2.  Percaturan di atas kertas, sememangnya memihak kepada pasukan tuan rumah, Kedah dan Sime Darby,  pada perlawanan timbal balik ini.   

Pada pandangan saya, 2 pasukan tuan rumah lebih cerah untuk layak beraksi di pentas final Piala FA 2012 nanti.   Syaratnya, prestasi dan fokus para pemainnya berada pada tahap yang paling tinggi.   Namun bukan mustahil untuk pasukan pelawat mencipta kejutan kerana rekod dan prestasi pasukan Terengganu dan Kelantan sememangnya berada pada tahap yang cukup membanggakan pada masa ini.   Sila klik diPenyu Mahu Bangkit

Percaturan skuad Kenari,Kedah,  hanya perlu seri 0-0 untuk layak dengan kelebihan gol di tempat lawan dan pastinya akan berhadapan cabaran paling getir pasukan pelawat.  Namun seandainya keputusan seri 1-1 dicatatkan di Alor Star, mungkin Skuad kendalian Wan Jamak akan rebah di laman sendiri.   Apatah lagi seri yang jaringannya lebih daripada 2 gol, sudah pasti akan memberi kelebihan kepada Skuad  pimpinan Bojan Hodak untuk bergaya melangkah ke final.   Strategi Kenari sila baca laporan Sukan Utusan Malaysia.   Pilihan mudah yang ada kepada skuad hijau kuning, pastinya seri tanpa melepaskan sebarang gol atau menang ,   akan menceriakan kem dan penyokong skuad Kenari.

Manakala Pasukan 'underdog' Sime Darby pula, lebih besar peluangnya untuk mara dengan kelebihan 2 gol jaringan di gelanggang lawan dan kelebihan 1 gol untuk dipertahankan di Selayang.  Percaturan di atas kertas, tampak lebih mudah dengan hanya tidak melepaskan lebih daripada 2 gol kepada pasukan Terengganu.   Keputusan Seri atau Terengganu menang dengan hanya 1-0,  bakal menciptakan sejarah kepada Sime Darby untuk lolos ke perlawanan akhir. Namun pilihan mudah yang ada kepada tuan rumah, seri atau menang, sudah tentu  akan menjamin tempat di pentas final nanti.  Untuk mengetahui lebih lanjut strategi Sime Darby sila baca diSuara Sukan Anda

Pasukan Terengganu dan Kelantan mungkin boleh mengguna pakai 'semangat dan disiplin' tinggi  2 pasukan pelawat Liga Juara-Juara UEFA sebaga inspirasi, untuk mencipta keputusan dramatik dan penuh keajaiban sekali gus  mara bermain di pentas final nanti.   Biar pun situasinya tidak sama, sebagaimana Chelsea dan Bayern Munich bertandang ke laman lawan dengan kelebihan pada mereka, tetapi keputusan di tempat lawan pada awalnya hampir memusnahkan impian Chelsea dan Bayern Munich untuk beraksi di Final.   Kalau tidak kerana 'semangat dan disiplin'  tinggi ini, pasti 2 kelab ini meratapi kekecewaan gagal berada di pentas akhir.

Kepada 4 pasukan yang bertanding, hanya prestasi terbaik para pemainnya  pada malam 1 Mei nanti, bakal menjadi penentu pasukan mana yang akan ke Final Piala FA 2012.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...