TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Sunday, March 11, 2012

Dunia Jakie: All England 2012 : Pengorbanan Chong Wei...Psikolo...

Dunia Jakie: All England 2012 : Pengorbanan Chong Wei...Psikolo...: Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat Lee Chong Wei mencatat sejarah melakukan hatrik di kejohahanan All England edisi 102 tidak kesampaian....

All England 2012 : Pengorbanan Chong Wei...Psikologi Lin Dan


Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat Lee Chong Wei mencatat sejarah melakukan hatrik di kejohahanan All England edisi 102 tidak kesampaian. Biar pun di National Indoor Arena (NIA), Birmingham, penuh sesak dengan penyokong Malaysia, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan Lee Chong Wei untuk menarik diri di set kedua pada kedudukan Lin Dan sedang mendahului dengan 6-2. Malahan ribuan lagi rakyat Malaysia yang menonton siaran langsung di RTM mahu pun ASTRO juga bersetuju dengan tindakan Lee Chong Wei untuk tidak meneruskan cabaran di pentas final All England tahun ini.

Di sudut hati Lee Chong Wei, terpancar rasa kecewanya kerana gagal untuk meneruskan permainan pada pentas akhir itu, apatah lagi dengan pengorbanan rakyat Malaysia, yang berada di bumi England, yang bersesak-sesak memenuhkan NIA untuk menyaksikan dan memberi sokongan padu kepadanya. Namun percaturan itu pastinya demi masa depannya yang mempunyai misi yang lebih besar daripada hatrik All England iaitu Emas di Olimpik.


Namun reaksi Lin Dan yang meminta bertukar baju dengan Chong Wei, juga turut menarik perhatian saya. Jarang sekali saya melihat Lin Dan berbuat demikian, tetapi itu dilakukannya di All England 2012. Bagi saya itu satu penghormatan tertinggi kepada Lee Chong Wei dan pastinya boleh mengubat sedikit kekecewaan dirinya. Tindakan Lin Dan itu jarang dilakukannya, apatah lagi beliau sememangnya terkenal dengan karakter egonya apabila berada di atas gelanggang samada menang atau pun kalah dalam permainannya. Reaksi Lin Dan itu pastinya memberi gambaran beliau mengkagumi kegigihan dan karisma Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia.

Namun mungkin ada juga yang sependapat dengan saya, bahawa tindakan Lin Dan itu sebagai satu perang psikologi Lin Dan terhadap Chong Wei menjelang perebutan emas Olimpik London nanti. Apakah itu strategi Lin Dan untuk memerangkap Chong Wei atau sememangnya menggagumi keistimewaan bakat Lee Chong Wei? Hanya Lin Dan yang tahu jawapannya. Namun siapa pun yang akan memenangi emas di Olimpik London nanti, bagi saya samada Lin Dan mahu pun Chong Wei, kedua-duanya telah membuktikan bahawa mereka layak digelar 'Hero Badminton Dunia' pada zamannya.

Kini terpulanglah kepada BAM untuk mencatur perjalanan Lee Chong Wei agar misi 'Emas Olimpik' tidak terbantut di tengah jalan. Mungkin Lee Chong Wei boleh memilih jalannya sendiri namun ia mungkin masih terpaksa akur dengan perancangan BAM.

Dunia Jakie: Liga Super Malaysia 2012 : Jadual Perlawanan ke 10...

Dunia Jakie: Liga Super Malaysia 2012 : Jadual Perlawanan ke 10...: 16 Mac 2012 FELDA UNITED vs PKNS Stadium Hang Jebat, Melaka ( 8.45 malam) 17 mac 2012 SARAWAK vs LIONS XII Stadium Negeri, Ku...

Liga Super Malaysia 2012 : Jadual Perlawanan ke 10


16 Mac 2012

FELDA UNITED vs PKNS
Stadium Hang Jebat, Melaka
( 8.45 malam)




17 mac 2012


SARAWAK vs LIONS XII
Stadium Negeri, Kuching
( 8.15 malam)

SELANGOR vs KUALA LUMPUR
Stadium Nasional, Bukit Jalil
( 8.45 malam )



N. SEMBILAN vs KEDAH
Stadioum Paroi, Seremban
( 8.45 malam)



PERAK vs KELANTAN
Stadium Ipoh, Perak
( 8.45 malam )




TERENGGANU vs SABAH
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
( 8.45 malam )




JOHOR FC vs T TEAM
Stadium Pasir Gudang, Johor
( 8.45 malam )



Dunia Jakie: Piala FA 2012 : Jadual Perlawanan Suku Akhir ( pu...

Dunia Jakie: Piala FA 2012 : Jadual Perlawanan Suku Akhir ( pu...: 24 MAC 2012 TERENGGANU vs LIONS XII FC Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah ( 8.45 malam) SIME DARBY vs JOHOR FC Stadium MP S...

Piala FA 2012 : Jadual Perlawanan Suku Akhir ( pusingan 1 )


24 MAC 2012


TERENGGANU vs LIONS XII FC
Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah
( 8.45 malam)



SIME DARBY vs JOHOR FC
Stadium MP Selayang
( 4.45 petang)



KELANTAN vs SPA FC
Stadium Sultan Mohd. keIV
( 8.45 malam)



KEDAH vs T-TEAM
Stadium Darul Aman, Alor Star
( 8.45 malam )






Dunia Jakie: Pusingan 2 Piala FA 2012 : Keputusan Penuh

Dunia Jakie: Pusingan 2 Piala FA 2012 : Keputusan Penuh: 9 Mac 2012 T- Team ( 3 ) vs Pahang ( 2 ) 10 Mac 2012 TERENGGANU ( 1 ) vs PERAK ( 0 ) LIONS XII FC ( 2 ) vs BETARIA ( 0 ) USM FC (...

Pusingan 2 Piala FA 2012 : Keputusan Penuh


9 Mac 2012

T- Team ( 3 ) vs Pahang ( 2 )



10 Mac 2012

TERENGGANU ( 1 ) vs PERAK ( 0 )



LIONS XII FC ( 2 ) vs BETARIA ( 0 )


USM FC ( 0 ) vs SIME DARBY ( 2 )



JOHOR FC ( 2 ) vs SELANGOR ( 2 )
( Johor FC menang Penalti 5-4)


KELANTAN ( 3 ) vs KUALA LUMPUR FC ( 2 )


PKR FC ( 0 ) vs SPA FC ( 1 )


KEDAH ( 3 ) vs PERLIS ( 2 )



Dunia Jakie: Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 : Malaysia Mena...

Dunia Jakie: Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 : Malaysia Mena...: 10 Mac 2012 MALAYSIA ( 5 ) vs CHILE ( 1 ) 11 Mac 2012 MALAYSIA ( 6 ) vs RUSSIA ( 2 ) 13 Mac 2012 MALAYSIA vs UKRAINE ( puk...

Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 : Malaysia Menang Perlawanan Kedua



10 Mac 2012

MALAYSIA ( 5 ) vs CHILE ( 1 )




11 Mac 2012

MALAYSIA ( 6 ) vs RUSSIA ( 2 )




13 Mac 2012

MALAYSIA vs UKRAINE
( pukul 7.00 malam )




15 Mac 2012

MALAYSIA vs KOREA
( pukul 7.00 malam )




17 Mac 2012

MALAYSIA vs IRELAND
( pukul 9.00 malam )




* semua masa perlawanan dalam waktu Malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...