TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Wednesday, February 1, 2012

Siaran langsung Bola Sepak Kelayakan Sukan Olimpik 2012


Malam ini ,5 Februari 2012 ( Ahad ), Pasukan Olimpik Negara akan bertandang ke Stadium Nasional Bahrain, untuk pertemuam timbal balik bola sepak Kelayakan Sukan Olimpik London 2012. Misi skuad bimbingan Ong Kim Swee untuk mengubat kekecewaan di Kuala Lumpur tahun lalu apabila tunduk 2-3 kepada Bahraian , walau pun pada satu ketika selesa mendahului 2-0. Bukanlah misi membalas dendam tetapi sebenarnya untuk menghidupkan semula peluang lebih besar untuk merebut tempat beraksi di pentas Olimpik di London Jun nanti.

Skrip di atas kertas sememangnya peluang skuad Olimpik negara amat tipis untuk menempah tiket di sukan Olimpik nanti, setelah tewas ketiga-tiga perlawanan awal kepada bahrain (2-3), Jepun (0-2 0 dan Syria (0-2). Namun kejutan masih boleh berlaku di atas padang kerana peluang sebenarnya masih lagi ada.


Nak menyokong pasukan muda kita di Bahrain ....tapi duit pulak tak berapa nak ade nak terbang ke Bahrain... Kat rumah pulak... tak melanggan pakej sukan di stesen tv berbayar .....janganlah risau....

Bagi peminat dan penyokong setia, Skuad kebangsaan khususnya skuad Olimpik 2012, yang tidak berkesempatan ke Stadium Nasional Bahraian pada 5 Februari ini, janganlah bersedih dan gundah gulana. Kepada anda yang tidak melanggan stesen tv berbayar, RTM akan membawakan perlawanan tersebut. EKSKLUSIF SECARA PERCUMA DIBAWAKAN KEPADA ANDA SECARA LANGSUNG , PERLAWANAN BAHRAIN VS MALAYSIA, PASTINYA DI TV1, RTM, MULAI JAM 11.15 MALAM.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...