TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Friday, May 18, 2012

Sime Darby boleh 'TAPAU' Kelantan ?

Sime Darby boleh 'TAPAU'  Kelantan.    Itulah tajuk Berita Harian Online yang diinspirasikan tajuknya adaripada komen penyokong N. Sembilan yang mahukan Sime Darby Menang di Stadium Bukit Jalil malam nanti.   Baca disini.

Bagi saya memang tiada yang mustahil perkara itu boleh berlaku.    Faktor sorakan dan gelombang 'merah' yang lebih ramai di stadium bukanlah penghalang besar kepada Sime Darby.   Mereka telah biasa dengan situasi seperti itu kerana sememangnya mereka telah dilatih untuk bermain dengan bilangan penyokong yang kecil sebab mereka hanyalah 'kelab kerdil'.   Malahan mereka telah pun buktikannya di Terengganu.


Peluang 50-50 .   Namun tekanan sebenarnya lebih kepada skuad Kelantan yang telah  2 kali kecewa pada pentas akhir Piala FA ini.   Bagi Sime Darby , mereka telah pun 'menang' kerana telah pun  mencipta sejarah pasukan bertaraf kelab pertama berjaya meloloskan diri di pentas tertinggi Piala FA.  


Apakah Sime Darby akan 'kalah Sorak' tetapi 'menang piala' pada malam ini?    90 minit permainan, atau mungkin lebih daripada tempoh itu,  akan menjawab segalanya nanti.  


SELAMAT BERJUANG KEPADA PASUKAN KELANTAN DAN SIME DARBY.

Tonton Siaran Langsung Final Piala FA 2012 Menerusi RTM Mobile



Kelantan atau Sime Darby...?    Pasukan manakah pilihan anda yang bakal menjuarai Piala FA musim 2012 ini.    Debarannya dan kehangatannya kini kian terasa...


Kepada yang tidak berjaya mendapatkan tiket...usahlah gundah gulana....siaran langsung akan dipancarkan di skrin tv anda secara percuma melalui TV1, RTM...

















RTjuga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton 
siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung FinalPiala FA@Media baru RTM ni...Camne nak tonton Siaran Langsung FinalPiala FA@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .


Panduan  lanjut untuk pengguna iPhone,ipad & ipod , sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Blackberry, sila klik di sini

Panduan  lanjut untuk pengguna Nokia, sila klik di sini



15,000 lagi Tiket Perlawanan Akhir Piala FA 2012 Masih Belum Terjual

Masih Ada lagi tiket untuk perlawanan akhir Piala FA 2012...Di mana nak dapat klik disini





Kenali Laksamana Cheng Ho - Bah. 1

Laksamana Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 masehi, di perkampungan Hedai, Kunyang, Wilayah Yunnan, China. Nama sebenarnya Mah Sam Po dan diberikan nama timangan San Bao. Namun beliau lebih popular dengan panggilan Ma He atau haji Mahmud Shams. Beliau dikenali sebagai Zheng He dalam sejarah ketamadunan China.



Papan tanda rumah asal keluarga Laksamana Cheng Ho yang boleh dikunjungi di bandar Kunyang, China.



Pintu masuk ke rumah Laksaman Cheng Ho yang tersergam indah menanti kunjungan pelawat di Taman Zheng He, Bukit Yueshan, Kunyang.




Inilah rumah keluarga Laksamana Cheng Ho. Di sinilah beliau dibesarkan sebelum beliau ditangkap dan dibawa ke Istana Zhu Di oleh tentera Maharaja China pada tahun 1382 masehi.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...