TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Friday, May 18, 2012

Sime Darby boleh 'TAPAU' Kelantan ?

Sime Darby boleh 'TAPAU'  Kelantan.    Itulah tajuk Berita Harian Online yang diinspirasikan tajuknya adaripada komen penyokong N. Sembilan yang mahukan Sime Darby Menang di Stadium Bukit Jalil malam nanti.   Baca disini.

Bagi saya memang tiada yang mustahil perkara itu boleh berlaku.    Faktor sorakan dan gelombang 'merah' yang lebih ramai di stadium bukanlah penghalang besar kepada Sime Darby.   Mereka telah biasa dengan situasi seperti itu kerana sememangnya mereka telah dilatih untuk bermain dengan bilangan penyokong yang kecil sebab mereka hanyalah 'kelab kerdil'.   Malahan mereka telah pun buktikannya di Terengganu.


Peluang 50-50 .   Namun tekanan sebenarnya lebih kepada skuad Kelantan yang telah  2 kali kecewa pada pentas akhir Piala FA ini.   Bagi Sime Darby , mereka telah pun 'menang' kerana telah pun  mencipta sejarah pasukan bertaraf kelab pertama berjaya meloloskan diri di pentas tertinggi Piala FA.  


Apakah Sime Darby akan 'kalah Sorak' tetapi 'menang piala' pada malam ini?    90 minit permainan, atau mungkin lebih daripada tempoh itu,  akan menjawab segalanya nanti.  


SELAMAT BERJUANG KEPADA PASUKAN KELANTAN DAN SIME DARBY.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...