2 tahun 6 bulan....itu hukuman yang diterima oleh Tan Sri Anuar Musa, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia atas keterlanjuran beliau mengkritik prestasi hambar skuad bola sepak kebangsaan di bawah kendalian Rajagopal.
Kesalahan Tan Sri Anuar bukanlah kerana mengkritik Skuad kebangsaan yang kurang memberangsangkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan terbaru ... tetapi kesilapannya kerana pandangannya itu disuarakan pada saluran yang salah. Menghentam atau menyuarakan pandangan kepada pihak media dan kemudiannya diterbitkan untuk tontonan dan bacaan umum menjadi kesalahan besar ....dan padahnya penggantungan daripada melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak tempatan selama 2 tahun setengah. Bak kata pepatah kerana pulut santan binasa .... kerana mulut badan binasa. Terlanjur perahu bolehlah diundurkan....tetapi terlanjur kata.... terpaksalah terima padahnya.
Kebebasan bersuara bukanlah bererti bebas sepenuhnya....tetapi sebenarnya masih ada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk dipatuhi. Saya rasa Tan Sri Anuar amat faham dengan perkara ini. Tan Sri Anuar sudah tentu begitu maklum dengan perlembagaan FAM untuk Artikel 88, Statut FAM edisi 2010 - 2014.
Sebagaimana dalam permainan bola sepak, FAM juga mempunyai kuasa untuk memberikan 'KAD MERAH' kepada ahli-ahlinya. 'KAD MERAH' untuk Tan Sri Anuar ini bukan sesuatu yang asing dan tidak pernah terjadi sebelum ini....tetapi sekadar meramaikan lagi senarai yang pernah diberikan 'KAD MERAH' oleh FAM. Wan Jamak, Datuk Raja Ahmad Zainuddin, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil (sekadar menyebut beberapa nama) pernah merasai kepedihan menerima 'KAD MERAH' FAM ini.
Namun selepas apa yang berlaku ini...mungkin FAM perlu juga mengkaji kewajaran dan pandangan pelbagai pihak berkenaan peraturan yanng melarang ahli-ahlinya mengkritik FAM dari luar. Bagi saya seandainya pandangan atau idea atau kritikan itu positif untuk membaiki kelemahan FAM untuk masa depan, apa salahnya ia dipertimbangkan dan diguna pakai untuk kepentingan FAM dan negara khasnya. Peraturan di FAM adalah peraturan yang dicipta oleh manusia dan sudah pastinya ada kelemahan. Maka TIDAK ADA SALAHNYA UNTUK MENGUBAH PERATURAN YANG DICIPTA OLEH MANUSIA... tak gitu...
Bersama-samalah kita menyumbang kepada agenda sukan yang boleh membangun dan memajukan sukan bola sepak kita....bukan ke arah menharu birukan Sukan bola sepak negara.
No comments:
Post a Comment