TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Tuesday, February 21, 2012

6 Bekas Juara Hangatkan LTDL 2012


Edisi ke 17, Le Tour De Langkawi (LTDL) yang akan memulakan kayuhannya pada Jumaat, 24 Februari 2012, mencipta sejarahnya yang tersendiri. Penampilan 6 Bekas juara LTDL eidisi-edisi lalu pada perlumbaan edisi 2012 ini pastinya menjadi perlumbaan yang akan dikenang dalam sejarah penganjuran LTDL edisi ke 17 ini.

Kehadiran Juara 2003, Tom Danielson, Freddy Gonzales (2004), Anthony Chartaeu (2007),Jose Serpa ( 2009),Jose Rujano (2010) dan Jonatha Monsalve (2011) mencipta sejarah buat kali pertama dalam perlumbaan LTDL membariskan 6 bekas juara dalam satu edisi perlumbaan. Namun bagi 6 bekas juara ini pula, mereka pastinya juga ingin mencipta sejarah untuk bergelar dan memahatkan nama sebagai juara keseluruhan buat kali kedua dalam penyertaan mereka di LTDL kali ini. Senario inilah yang pastinya menjanjikan satu perlumbaan yang paling sengit dalam LTDL kali ini.

Berjayakah mereka mencipta kejayaan kali kedua di LTDL 2012 ini ? Atau akan muncul juara baru yang akan memberikan saingan kepada mereka ? Nantikan kayuhan bertenaga dan penuh sensasi di LTDL 2012 yang akan dibawakan secara Langsung Di TV1 RTM sepanjang 10 peringkat perlumbaan bermula 24 Februari hingga 4 mac 2012 ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...