TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, April 28, 2012

Piala FA 2012 :Tonton Siaran Langsung@Media Baru RTM



1 Mei 2012...kian hampir.  Separuh Akhir 2 Piala FA menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak tempatan.   Debaran kepada 4 pasukan yang sedang merebut 2 slot ke pentas akhir Piala FA 2012....semakin terasa degupannya.    Penyokong 4 pasukan itu juga tidak kurangnya berdebar untuk menyaksikan aski pasukan pilihan mereka.   RTM , menerusi TV1, akan membawakan siaran langsung EKSKLUSIF PERCUMA , mulai 8.40 malam, membabitkan pertembungan :




RTM juga kini memberikan pilihan kepada anda untuk menonton siaran langsung sukan menerusi perkhidmatan RTM Mobile.   Anda yang mempunyai telefon pintar yang serba canggih tu...apa lagi cubalah tonton Siaran Langsung Piala FA@Media baru RTM ni...Camne nak tonton Siaran Langsung Piala FA@Media baru RTM ni, layarinya di InfoRTMmobile .




*  Keputusan perlawanan Separuh Akhir 1 dalam kurungan.



Thursday, April 26, 2012

Siaran Langsung Harimau Malaya vs Sang Singa





Sabtu, 28 April 2012, Skuad Harimau Malaya (MALAYSIA)  akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Skuad Sang Singa (SRI LANKA) di Stadium  Shah Alam, Selangor, 8.45 malam.


Peyokong yang tidak berkesempatan menyaksikan aksi pemanas badan skuad Harimau Malaya sebelum menghadapai cabaran mempertahankan gelaran Juara Piala AFF 2012 nanti, pastikan tidak melepaskan peluang menonton di ASTRO ARENA  secara LANGSUNG, mulai pukul 8.30 malam.







Wednesday, April 25, 2012

Lulus Ujian Piala AFC, Terampunkah dosa Pengurusan Skuad Penyu?





Terengganu berjaya meloloskan diri ke pusingan seterusnya dalam kejohanan Piala AFC 2012, setelah berjaya mengumpulkan 9 mata, hasil 3 kemenangan dalam 5 perlawanan yang ditempuhi.   Kemenangan 6-2 pada perlawanan ke 5 dan dibantu keputusan seri tanpa jaringan pasukan di kedudukan ke 3, Tampines Rovers ketika bertemu Kitchee, mengesahkan kedudukan Terengganu untuk layak beraksi di pusingan seterusnya mengiringi pasukan Kitchee dari Hong Kong.     Perlawanan terakhir kumpulan F nanti,  sekadar menjadi penentuan pasukan mana yang akan menjadi Juara dan naib Juara kumpulan.      Carta kumpulan F boleh diikuti diPialaAFC2012 .

Menjadi persoalan kini, lulus ujian Piala AFC, apakah akan terampun dosa pengurusan Skuad Penyu yang dikritik hebat oleh segelintir para penyokongnya ?    Apakah kejayaan terkini di Piala AFC ini mampu memadamkan api kemarahan segelintir penyokong akibat beberapa keputusan yang tidak mengembirakan mereka yang diperolehi skuad Terengganu sejak kebelakangan ini ?


Secara logiknya, saya berpendapat kejayaan melangkah lebih jauh pada kejohanan Piala AFC sudah pasti seharusnya menjadi satu kebangaan kepada penyokong skuad Terengganu dan bola sepak Malaysia.  Justifikasinya mudah sahaja, Piala AFC prestijnya pasti lebih tinggi berbanding kejohanan tempatan seperti Liga malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia.    Walau pun masih samar untuk menjadi juara di Piala AFC 2012 ini, namun kejayaan melepasi peringkat kumpulan dianggap rekod yang bukan mudah untuk digapai dalam kejohanan yang menghimpunkan antara kelab terbaik 2011  di beberapa negara rantau Asia.  


Namun yang tersiratnya pada segelintir para penyokong Skuad Penyu yang lantang mengkritik dan mendesak perubahan dalam kepimpinan pasukan kesayangan mereka , hanya mereka yang tahu.   Apakah sebegitu mudah untuk mereka menerima kejayaan terkini Terengganu di Piala AFC untuk memaafkan dosa pengurusan Skuad Terengganu ?    Apakah boleh mereka menerima,  seandainya LULUS di Piala AFC tetapi GAGAL di Separuh Akhir Piala FA, 1 mei nanti.   Mungkin Status sebagai Juara Bertahan dalam kejohanan Piala FA, pastinya lebih besar maknanya berbanding di Piala AFC ini.   Mungkin lebih pahit untuk diterima seandainya GAGAl di Piala FA.


Walau apa pun yang berlaku, pada pandangan saya, pasukan Terengganu telah memberikan yang terbaik untuk para penyokongnya dan juga pekembangan sukan bola sepak negara.   Kalah dalam permaianan bola sepak adalah asam garam yang tidak boleh dielakkan oleh setiap pasukan walau sehebat mana pun pasukan itu.   Buktinya Kelab dan skuad kebangsaan terbaik dunia juga masih tidak lepas daripada masalah 'KALAH' dalam permainan bola sepak.









Liga Juara-Juara UEFA : 'BPL' vs 'BUNDESLIGA' di FINAL

 

REAL MADRID  ( 2 )    vs  BAYERN MUNICH ( 1 )  
(  Bayern Munich layak ke Akhir, Agg. , 3-1 (penalti) ) 



 BARCELONA  ( 2 )  vs   CHELSEA ( 2 )  
( Chelsea layak ke Perlawanan Akhir, Agg. 3-2 )


BPL'   vs  'BUNDESLIGA' .    Begitulah skripnya pada aksi akhir Liga Juara-Juara UEFA 2011/12.   Chelsea (BPL) dan Bayern Munich (Bundesliga)  akan berentap pada aksi kemuncak Liga Juara-Juara UEFA pada 19 Mei 2012 ( awal pagi 20 Mei 2012 - waktu Malaysia).   

Bayern Munich mencatatkan satu lagi aksi dramatik pada perlawanan separuh akhir ke 2 di Santiago Bernabeu, sehari selepas Chelsea melakukannya di Nou Camp.    Skripnya ke final hampir serupa dengan aksi Chelsea di Nou Camp, Barcelona, apabila pasukan pelawat ketinggalan 2-0 sebelum disamakan aggregatnya.   Bezanya Chelsea bangkit dan layak ke final dengan 10 pemain tanpa perlu mengharungi penentuan penalti, sebaliknya Bayern Munich bangkit  dan sepakan penalti menjadi penentuan untuk mengesahkan malam bersejarah kelab Jerman beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA 2011/12.

Juara baru akan dinobatkan pada musim ini dan 2 pasukan yang layak ke aksi kemuncak ini sewajarnya berhak untuk dinobatkan sebagai 'Juara Baru' Liga Juara-Juara UEFA 2011/12.


Maklumat lebih terperinci Liga Juara-Juara UEFA, sila ikutinya disoccernet.


Piala AFC 2012 : Terengganu Berpesta Gol Di Laman Sendiri





25 APRIL 2012

TAMPINES ROVERS  ( 0 )  vs   KITCHE ( 0 )


TERENGGANU ( 6 )  vs  SONG LAM NGHE AN ( 2 )


Berikut kedudukan  Kumpulan F, selepas 5 perlawanan :




Carta Kumpulan F


1.  KITCHEE    -  10 mata


2.  TERENGGANU    -  9 mata


3.  TAMPINES ROVERS   -  5 mata


4.  SONG LAM NGHE AN    -  4 mata




*  Pasukan Kitchee dan Terengganu layak ke pusingan seterusnya.







Maklumat terperinci tentang Piala AFC 2012, ikutinya Piala AFC 2012






Tuesday, April 24, 2012

Liga Juara-Juara UEFA : 'Tonik Ajaib' Bawa Chelsea Ke Final

 

25.4.2012

 BARCELONA  ( 2 )  vs   CHELSEA ( 2 )  
( Chelsea layak ke Perlawanan Akhir, Agg. 3-2 )


'Tonik Ajaib' bawa Chelsea ke pentas akhir.....Kad Merah John Terry seawal minit ke 37  , bertukar menjadi 'Tonik Ajaib' kepada barisan skuad Di Matteo dan 'Racun Berbisa' kepada skuad Barcelona.   Itulah yang boleh disimpulkan pada perlawanan Separuh Akhir ke 2 antara Barcelona dan Chelsea.    Skuad The Blues bangkit dengan 10 pemain untuk membenam cabaran Barcelona  dengan keputusan 2-2 di Nou Camp.




-------------------------------------------------------------------------------


26.4.2012

REAL MADRID  ( 1 )    vs  BAYERN MUNICH ( 2 )  
(  Keputusan Separuh Akhir 1 dalam kurungan )
                                  Stadium Santiago Bernabeu  
( 2. 45 pagi  )   



Maklumat lebih terperinci Liga Juara-Juara UEFA, sila ikutinya disoccernet.


Piala AFC 2012 : Kelantan Ceria di Stadium Thong Nhat



24 APRIL 2012

NAVI BANK SAIGON  ( 1 )    vs   KELANTAN ( 2 )


AYEYAWADY UNITED  ( 0 )  vs  AREMA INDONESIA ( 3 )


Berikut kedudukan terkini kumpulan H setelah  menamatkan 5 perlawanan:


Carta Kumpulan H

1.  KELANTAN                     -  10  mata

2.  NAVIBANK SAIGON        -  7 mata

3.  AYEYAWADY UNITED     -  7 mata

4.  AREMA INDONESIA        -  4  mata





Maklumat terperinci tentang Piala AFC 2012, ikutinya Piala AFC 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...