TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Monday, February 7, 2011

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 2

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 2

Tour de Xian : Part 2


BANDAR BERSEJARAH XIAN


Xian terletak di Wilayah Shaanxi, China. Bandar ini pernah menjadi pusat pemerintahan kuno beberapa dinasti China seperti Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui dan Tang.




















Xian Diiktiraf sebagai antara kota tertua di negara China. Dahulunya ia dikenali sebagai Chang'an pada zaman pemerintahan Dinasti Han sekitar tahun 206 hingga 220 sebelum masehi.

















Xian merupakan lokasi bermulanya laluan sutera darat di China. Kedatangan Saad Abi Waqqas pada tahun 651 masehi dianggap bermulanya penyebaran dakwah Islam di Xian.











Sunday, February 6, 2011

Tour de Xian : Part 1



XIAN CITY WALL


Ia merupakan satu-satunya , di negara China, kota bandar yang masih kukuh berdiri mengelilingi sebuah bandar (Xian) sepenuhnya.
Lokasinya di bandar Xian, Wilayah Shaanxi, China.











Anda boleh mengelilingi kota ini menggunakan basikal yang disediakan di kota ini.










Kota ini didirikan sekitar abad ke 14 pada zaman Dinasti Ming. Keluasannya 14 kilometer persegi dengan ketinggian temboknya mencecah 12 meter.






















Monday, January 31, 2011

Canton : Lokasi Laluan Sutera Laut Pertama di China







Gambaran pelukis tentang kesibukan pelabuhan Canton pada abad ke 7 masehi.






Canton kini dikenali sebagai Guangzhou terletak di wilayah Guangdong, China. 



Pelabuhan Canton merupakan lokasi pertama laluan sutera laut di China, yang telah membawa Saad Abi Waqqas singgah di sini dan seterusnya menjadi orang pertama menyebarkan dakwah Islam di Canton dan di China.

Masjid Daxuexiexiang, Xian, china

Masjid ini merupakan antara masjid tertua dan terawal di negara China. Terletak di kota Xian, wilayah Shaanxi di China. Ia dibina pada sekitar abad ke 7 Masehi.

Wednesday, December 29, 2010

Dunia Jakie: Cuti, Khairul Fahmi & Safee Sali

Dunia Jakie: Cuti, Khairul Fahmi & Safee Sali: "Perdana Menteri mengumumkan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum kepada rakyat Malaysia. Sejarah yang dicipta pasukan Harimau muda di Piala A..."

Cuti, Khairul Fahmi & Safee Sali

Perdana Menteri mengumumkan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum kepada rakyat Malaysia. Sejarah yang dicipta pasukan Harimau muda di Piala AFF 2010 cukup membanggakan dan mengembirakan hati Perdana Menteri Malaysia. Mana tidaknya, inilah kali pertama Malaysia berjaya muncul juara pada kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau ASEAN. Percubaan kali pertama pada final 1996, dimusnahkan oleh skuad Thailand. Rasional kepada pemberian cuti oleh Perdana Menteri itu cukup mudah untuk difahami kerana sudah lama rakyat Malaysia tidak merasai saat manis seperti ini, dinobatkan jaguh bolasepak Asia Tenggara. Inilah 'HADIAH' kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka kepada wira muda kita yang berjuang demi maruah BANGSA MALAYSIA.

Sekalung tahniah kita ucapkan kepada Skuad Harimau Muda yang telah bermain dengan penuh komitmen untuk mencapai tahap JAGUH BOLASEPAK ASIA TENGGARA. Saat ini topik Harimau Malaya dan cuti umum ini menjadi bualan jutaan rakyat Malaysia.

Bagi saya cuti ini mungkin tidak akan menjadi realiti seandainya tiada ketangkasan Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia, menyelamatkan sepakan penalti Indonesia dan kelincahan Safie merobek gawang Indonesia di Jakarta semalam.

Sukar untuk membayangkan bagaimana terjadi seandainya penalti dari pasukan Indonesia pada minit ke 17 itu gagal untuk diselamatkan, sudah pasti skripnya akan menjadi berbeza apabila moral pemain Indonesia bertambah kuat. Pasti Garuda akan mengamuk dengan lebih banyak serangan dan jaringan gol sebagaimana yang dipamerkan oleh mereka pada penghujung permainan setelah berjaya mendapatkan 2 gol.

Safee sali pula merupakan watak yang menghancurkan hati jutaan rakyat Indonesia hasil jaringan yang cukup menakjubkan di gelanggang lawan. Bukan gol nasib, tetapi gol yang bertaraf dunia seperti yang dilakukan oleh pemain bertarf dunia lain. Gol keramat itulah yang menutup kelantangan kritikan ramai pihak yang menyatakan Malaysia menang di Bukit Jalil kerana bantuan laser. Safee Sali membuktikan tanpa bantuan laser, rembatannya juga mampu menumpaskan penjaga gol Indonesia.

TAHNIAH MALAYSIA....ANDA JAGUH BOLASEPAK ASIA TENGGARA 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...