TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Sunday, February 3, 2019

Piala Sumbangsih 2019 : Piala Sumbangsih Kekal Dalam Almari JDT



Piala Sultan Haji Ahmad Shah kembali semula dalam almari kejuaraan JDT, sekali gus menambah rekod kejuaraan untuk kali keempat untuk pasukan JDT.  Lebih manis lagi kejuaraan untuk tahun 2019 ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut setelah mempertahan kejuaraan tahun lalu.

Jaringan satu-satunya gol oleh Cabrera pada minit  40 sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan milik Johor Darul Takzim untuk menafikan hajat besar skuad "bos Gaurus".   TAHNIAH untuk skuad "HARIMAU SELATAN' dan memulakan misi mempertahan kejuaraan liga dengan  tiga  mata penuh.


Monday, January 7, 2019

Piala Asia UAE 2019 : Filipina Tetap Membanggakan Asia Tenggara

Pasukan Filipina sudah pastinya akan tetap membanggakan rantau Asia Tenggara biar pun tewas 0-1 kepada pasuka Korea Selatan pada aksi pembukaan peringkat kumpulan.

Korea, pasukan ranking ke 4 Asia dan penuh dengan pengalaman bermain di peringkat lebih tinggi iaitu Piala Dunia, tetap bermandi peluh untuk menumpaskan Filipina, pasukan ranking 21 Asia dan pastinya lawan yang lebih rendah reputasinya dalam sukan bola sepak.

Mengapa Filipina membanggakan Asia Tenggara ?  Jawapannya mudah, ini penampilan kali pertama di Piala Asia dan  tewas dengan jaringan tipis kepada pasukan yang cukup berpengalaman dan mempunyai reputasi yang cukup gah di peringkat Asia dan juga dunia.

Sekalung tahniah buat  pengendali Filipima,Sven Goran Eriksson,  yang pastinya masih boleh tidur lena dan tidak akan menerima nasib  malang seperti  Milovan Rajevac yang 'ditendang' keluar awal oleh pasukan 'Harimau Biru'.


Asian Cup UAE 2019 : Iran Berpesta Gol

Iran menjadikan Yemen mangsa pertama amukannya menerusi kemenangan bergaya 5-0 pada aksi pembukaan edisi Piala Asia UAE 2019, sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain bahawa kehadiran mereka sebagai pasukan paling atas ranking Asia pada masa ini sememangnya harus digeruni untuk edisi Piala Asia kali ini.



Iran, kedudukan di ranking paling atas benua Asia dan ke 29 ranking FIFA, menepati ramalan untuk membaham dengan mudah Yemen, pasukan di kedudukan ranking  26 Asia (ranking 135 FIFA).








Senja@Bagan Lalang Memang Indah

Bagan Lalang  yang terletak di Sepang, Selangor, sememangnya menjanjikan rakaman imej visual yang cukup indah bagi 'pemburu imej panorama senja'.

Aku bukanlah 'pemburu imej panorama senja', tetapi sekadar suka-suka je rakam imej panorama senja bila datang di Bagan Lalang Sepang ni.

Aku kongsikan hasil rakaman imej visual senja daripada perspektif dan komposisi shot serta sudut bukan pro aku....hahahaha guna handphone je....



















Sebenarnya ada banyak lagi spot yang boleh dirakamkan panorama senja di Bagan Lalang ni....Datanglah berkunjung ke Bagan Lalang sekiranya ada kesempatan...Bagan Lalang ni dikenali juga dengan nama Goldcoast Sepang, cuba klik entri Goldcoast Sepang Menarik Ke?




Sunday, January 6, 2019

'Harimau Biru' Tendang Keluar Jurulatih 'Gajah Perang'



Milovan Rajevac akhirnya ditunjukkan jalan keluar oleh 'Harimau Biru'.    Video di atas menjelaskan mengapa kesan ngauman 'Harimau Biru' amat memedihkan berbanding ngauman  'Harimau Malaya' menyekat 'Gajah Perang' untuk ke pentas final Piala AFF 2018.

Ketika 'Harimau Malaya' mencakar maruah 'Gajah Perang' pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 lalu, ramai pemain utama tidak berada dalam senarai skuad Milovan Rajevac pada masa itu.   Maka terselamatlah Milovan Rajevac.   Namun kali ini tiada lagi alasan yang mampu untuk diberikan dan hanya 'jalan keluar' mampu ditunjukkan atas maruah yang telah dicalarkan oleh pasukan India yang lebih popular dan gah sebagai negara kuasa sukan kriket dan hoki berbanding bola sepak di peringkat antarabangsa.

Tahniah buat skuad 'Harimau Biru' ...dan buat skuad 'Gajah Perang' peluang tetap masih ada...maruah Asia Tenggara harus dijaga agar tidak dilabelkan sebagai pasukan belasahan dalam kejohanan tertinggi di benua Asia.

Maklumat lanjut jadual perlawanan dan keputusan perlawanan Piala Asia 2019, klik Asian Cup UAE 2019

Saturday, August 20, 2016

Jadual Suku Akhir (1) Piala Malaysia 2016

Piala Malaysia edisi 2016 semakin menghampiri kemuncaknya dengan 8 pasukan telah pun mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.  Selangor, PKNS, Kedah, N. Sembilan, PDRM, T Team, FELDA United dan Kelantan meneruskan kemaraan untuk bergelar juara Piala Malaysia 2016.

Berikut Jadual Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016 :



Monday, May 30, 2016

#rtmkita bakal ubah 'ANGKASAPURI'


RTM sebagai stesen penyiaran pilihan utama rakyat Malaysia.... Itulah yang sedang dan akan diusahakan menjadi realiti  menerusi kempen #rtmkita.  Strategi menggunakan kepakaran daripada tenaga Universiti Salford (UoS) diharapkan menjelmakan impak positif dalam Program Transformasi RTM ini.

Pelancaran Dialog Mega pada 25 Mei 2016 di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia adalah simbolik bermulanya secara rasmi kempen #rtmkita dan sehingga 8 Jun 2016, diharapkan dapat mencapai sasaran mengumpul sekurang-kurangnya 10,000 ribu pandangan/idea/harapan/komen daripada kakitangan RTM di seluruh negara dalam usaha membantu merealisasikan Program Transformasi RTM.








Tumpuan kempen #rtmkita kepada empat bidang utama iaitu bidang kebajikan, sikap, penerbitan dan fasiliti teknikal serta kandungan rancangan .  Demi membina semula Empayar RTM yang pernah gagah dan gemilang  dalam industri penyiaran Malaysia pada kira-kira 30 tahun yang lalu , marilah kita bersatu dengan menyatakan sokongan kepada kempen #rtmkita dengan menghantar pandangan/idea/komen/harapan  anda menerusi 

   i)   borang talian maklumbalas dalam talian ,sila klik di borang malumbalas #rtmkita   atau ;

 ii)   menerusi facebook 'Kita Dialog Mega' atau klik di facebook kita dialog mega

Saturday, January 23, 2016

GOLDCOAST SEPANG MENARIK KE?

Apa yang ada kat  Goldcoast Sepang?  Boleh lawan Goldcoast kat Australia tu ke?....hahahaha....kalau tanya aku jawapannnya manalah teman tau yob ....hahaha....sebab teman tak pernah sampai lagi kat Negara Kanggaroo tu....tapi teman rasa memang tak boleh lawan la yob dengan Goldcoast kat Autralia tu...


 Abis tu apa yang menariknya  Goldcoast Sepang atau  dikenali juga AVANI SEPANG kat Bagan Lalang ni? Aku  punye jawapan...walau pun tak secantik kat Australia...  tapi Goldcoast Sepang ni ada keunikan dan  pemandangan yang tersendiri sebenarnya...


 Tak percaya...cuba  tengok beberapa scenery yang  sempat  aku snap ni....

Pemandangan sebahagian daripada bilik penginapan POV Balkoni Bilik 204

Club House POV bilik 204

Lagi Pemandangan Sebahagian Bilik Penginapan

Scenery Bilik Penginapan POV Bilik 204

Lagi Pemandangan Indah sekitar Bilik Penginapan

Berselfie Di Depan Bangunan Menempatkan Kaunter Check In


Landmark Wajib Dirakamkan Ketika Di Goldcoast Sepang

Sungguh Mempesonakan...



Antara Sudut Yang Menarik Untuk Dirakamkan Foto


Langit Biru Dan Pasir Putih Menambah Seri Pantai Di Goldcoast Sepang

Selfie Lagi ... Kali Ini Di Pantai La Pulak...

Oppss.!!!.. Jangan Lupa Diri...

Keindahan Pasir Memutih...

Sekitar Kawasan Pantai di AVANI HOTEL





AVANI HOTEL Dari POV Pantai Restoren Perahu





Nak Dapat Foto Ini Kena Snap Dari Kawasan Pantai



Amacam....betul tak apa yang aku cakap...itu pandangan aku la kan....mungkin tak sama dengan korang ye tak.....Sebenarnya ada banyak lagi scenery yang menarik nak dikongsi....tapi cukuplah setakat ini dulu....nanti aku sambung lagi dalam entri yang lain....

Kepada yang ada minat...atau tertarik...nak menikmati keindahan di Goldcoast Sepang ni, nak dapatkan info lanjut klik kat SINI ...

AVANI SEPANG 2015



Kami sampai agak lewat sekitar 8.30 malam....selepas mendaftar masuk terus aje aku snap beberapa gambar suasana malam di bilik kami menginap....


Suasana malam daripada POV bilik 204 -Tingkat Atas ( Premier Traveller Palm Villa)

Suasana Balkoni Bilik 204  pada waktu malam

Ruang Dalam Bilik Premier Traveller Palm Villa

Bilik Mandi Premier Palm Villa
Ke Bilik Mandi...

Amacam....menarik tak?   Kalau tanya dengan aku....jawapannya 4.5 bintang daripada 5 bintang.....

Sunday, January 4, 2015

GreatMomento Bali 2014 : Bah. 3- Kopi Luwak @ Catpoochino Coffee


Kopi Luwak satu lagi IKON Pulau Bali yob....kalau ke Pulau Bali  WAJIB singgah di lokasi pelancongan ini.....bukannya apa ...kopi dari najis musang...kan ke pelik tu....hahahaha.....yang  ni aku kira kopi eksotik la yob....tak gitu....selain nama kopi luwak ...kat bali ia juga dikenali sebagai catpoochino cofee...

Trip aku di Bali,  kami singgah di SATRIA AGROWISATA atau dalam bahasa kita AGROPELANCONGAN SATRIA la....

Macam biasalah Establish shot kena amik kat papan tanda SATRIA AGROWISATA

Bila berkunjung kat  sini...korang boleh la tengok rupa najis musang yang diaorang kutip dan kemudiannya diproseskan menjadikan kopi LUWAK tu....macam gambar kat bawah ni....
Ni la rupanya najis musang yang diproses dijadikan kopi luwak


Kalau korang tak pernah tengok rupa musang....kat sini pun ada musang dalam sangkar untuk disaksikan...
Siapa sangka musang boleh jadi glamor  hanya kerana najisnya.....


Kalau korang nak minum kopi Luwak tu pun ada disediakan di sini... tapi harganya mahal sikit yob... satu cawan RP50,000.00 (lebih kurang dalam RM15.00 la...) .... tapi kalau rasa was-was jangan la minum yob ....kalau ikut kata supir yang bawa aku....Majlis Ulama Indonesia dah keluarkan fatwa HALAL kopi Luwak ni....tapi terpulanglah pada korang kan.....

Macam ni la rupa kopi Luwak tu....


Tapi kalau korang tak nak minum kopi Luwak....disediakan juga bermacam jenis kopi lain yang diaorang ada....yang ni diberikan percuma yob....tak payah bayor.....macam gambar kat bawah ni.....
Percuma je ni....

Sambil berehat di bawah pondok yang cantik macam ni...dapat pulak rasa kopi percuma...kira ok la tu kan...taklah boring sangat gi melawat kawasan agropelancongan ni.....

Siap ada demo lagi bagitau nama dan kelebihan kopi  tu....percuma je ....

Jom Minum.....



Aku bersama supirku ...Bro Budhi....memang terbaik la...

Selain rasa minum pelbagai jenis kopi....kat sini ada juga demo macamana biji kopi diproses menjadi serbuk kopi.....korang tengoklah macam gambar kat bawah ni...

Kalau nak cuba buat pun boleh...percuma je ...

Heroku pun tak lepaskan peluang mencuba....

Berapa bintang nak berikan kat tempat pelnacongan ni? kalau tanya kat aku... daripada 5 bintang aku berikan 3.5 bintang...yang pastinya tidaklah mengecewakan kunjungan aku sekeluarga kat sini....kira okeylah...

Maka tamatlah penjelajahan hari pertama kami di pulau Bali...next...journey hari kedua la plak yob....tunggu next entri....


GreatMomento@Bali2014-Bah. 1, klik GreatMomento@Bali2014-Bah. 1
GreatMomento@Bali2014-Bah. 2, klik GreatMomento@Bali2014-Bah. 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...