TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Friday, January 13, 2012

Keputusan Liga Super Malaysia (13.1.2012)

Hanya satu perlawanan membabitkan Liga Super Malaysia yang dilangsungkan pada 13.1.2012. Perlawanan membabitkan Pasukan Kelantan bertemu Selangor PKNS, yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd. ke 4 di Kota Bharu, Kelantan.

Keputusannya, Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk mengutip 3 mata, apabila sekadar berpuashati dengan keputusan seri 1-1. Jaringan Fauzan Dzulkifli , 10 minit sebelum tamat masa sebenar, menghampakan harapan anak buah Butler untuk mengutip 3 mata di Kota Bharu. Pasukan Red Warriors mendahului menerusi jaringan Badri Radzi pada minit ke 71.

Keputusan ini membolehkan Kelantan mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan, setelah berjaya menewaskan pasukan muda Singapura 2-1 pada perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia 2012. Manakala Selangor PKNS hanya mengumpul 1 mata, setelah kecundang pada perlawanan pertama di gelanggang Johor FC 1-2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...