TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, January 7, 2012

Effa & Piala Sumbangsih 2012

Piala Sumbangsih 2012 menemukan Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2011 dan Kelantan, Juara Liga Super 2011. Walau pun tiada ganjaran wang tunai kepada pemenangnya, namun kemeriahan perlawanan ini tetap sama sebagaimana kemuncak perlawanana Piala FA atau Piala Malaysia.

Negeri Sembilan membuktikan mereka sememangnya pasukan hebat sebagaimana mereka mengungguli Piala Malaysia pada musim lalu. Skrip kemenangan mereka pada piala Sumbangsih 2012 ini juga lebih kurang sama plotnya ketika mereka membenamkan Terengganu pada Final Piala Malaysia musim lalu. Mereka dibolosi pada peringkat awal permainan. Kemudiannya mereka menyamakan kedudukan. Lalu menengelamkan sorakan penyokong pasukan lawan dengan jaringan kemenangan. Itulah yang berlaku pada Piala Sumbangsih 2012 ini.

Skrip serupa hanya yang berbeza ialah penjaring golnya sahaja. Bukan Hai O tapi kini EFFA pula yang menjadi pujaan penyokong HOBEN JANG HOBEN. Norsahrul Idlan Talaha membuka jaringan untuk menenggelamkan sorakan Skuad Hoben Jang Hoben. Namun EFFA berjaya merobek kealpaan benteng pertahanan skuad Kelantan, untuk menggemuruhkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sorakan skuad Hoben Jang Hoben. Bermula daripada saat itulah skuad kendalian Butler mula hilang arah. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya skuad bimbingan Azraai dengan ledakan pemusnah oleh EFFA untuk mengecewakan skuad Kelantan pada tahun ini.

EFFA akan dikenang oleh penyokong Skuad Hoben Jang Hoben sebagai wira baru mereka. EFFA membalas kepercayaan PBNS memilihnya membarisi skuad baru Negeri Sembilan pada musim ini. EFFA menunaikan impian Azraii untuk menewaskan skuad Kelantan. EFFA menunaikan impian Azraai untuk memenangi Piala Sumbangsih yang belum pernah dimenanginya sejak menjadi jurulatih. EFFA menunaikan impian PBNS yang belum pernah memenangi piala Sumbangsih ini. Dua jaringan emas EFFA mungkin baginya sekadar gol yang harus dijaringkan sebagai seorang penyerang bola sepak profesional. Tetapi bagi PBNS, Azraai dan ribuan penyokong Hoben Jang Hoben , gol emas EFFA itu tiada ternilai harganya. Sukar untuk dinilaikan kerana ia memberi dan meninggalkan kenangan yang cukup manis kepada PBNS, Azraai dan ribuan penyokong Hoben Jang Hoben.

Tahniah kepada Negeri Sembilan yang memiliki para pemain dan barisan jurulatih yang cukup kental, kreatif dan bersemangat waja. Walau pun mereka kehilangan ramai pemain berkaliber pada musim ini, namun barisan baru Negeri Sembilan bukanlah untuk menjadi skuad belasahan. Mereka sewajarnya dinobatkan sebagai Pemilik Mutlak Piala Sumbangsih 2012 ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...