TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Thursday, January 26, 2012

Carling Cup : Liverpool lawan 'Malaysia' ?


Man City ( 2 ) vs Liverpool ( 2 )... Itulah keputusan perlawanan di Anfield, awal pagi tadi. Secara Agreggatenya Liverpool berjaya menewaskan Man City 3-2. Kelebihan 1 gol di gelanggang lawan mengesahkan tiket final Liverpool untuk beraksi di pentas akhir Piala Carling musim ini.


Lebih menarik lagi...'MALAYSIA' vs Liverpool....Akhirnya sejarah bagi Malaysia tercipta apabila berjaya menempah satu lagi tiket final pada Piala Carling. Bukan gurauan tetapi itulah kenyataannya. Berterima kasihlah kepada pemilik kelab Cardiff City kerana tidak segan untuk meletakkan nama perkataan 'Malaysia' pada jersi skuad Cardiff City. Sepanjang tempoh 90 minit pada final Carling Cup itu nanti, akan berlari-larilah 11 'Malaysia' di atas padang stadium di England. Tidak mengapalah walaupun yang empunya badan bukan pemain Malaysia, sekurang-kurangnya popularlah jua nama Malaysia itu nanti walau pun hanya sekadar perkataan yang dicetak pada jersi pemain Cardiff City. Apa pun keputusannya pada final itu nanti, nama Malaysia telah pun mencipta sejarahnya tersendiri di bumi England. MAJULAH MALAYSIA UNTUK SEMUA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...