Perdana Menteri mengumumkan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum kepada rakyat Malaysia. Sejarah yang dicipta pasukan Harimau muda di Piala AFF 2010 cukup membanggakan dan mengembirakan hati Perdana Menteri Malaysia. Mana tidaknya, inilah kali pertama Malaysia berjaya muncul juara pada kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau ASEAN. Percubaan kali pertama pada final 1996, dimusnahkan oleh skuad Thailand. Rasional kepada pemberian cuti oleh Perdana Menteri itu cukup mudah untuk difahami kerana sudah lama rakyat Malaysia tidak merasai saat manis seperti ini, dinobatkan jaguh bolasepak Asia Tenggara. Inilah 'HADIAH' kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka kepada wira muda kita yang berjuang demi maruah BANGSA MALAYSIA.
Sekalung tahniah kita ucapkan kepada Skuad Harimau Muda yang telah bermain dengan penuh komitmen untuk mencapai tahap JAGUH BOLASEPAK ASIA TENGGARA. Saat ini topik Harimau Malaya dan cuti umum ini menjadi bualan jutaan rakyat Malaysia.
Bagi saya cuti ini mungkin tidak akan menjadi realiti seandainya tiada ketangkasan Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia, menyelamatkan sepakan penalti Indonesia dan kelincahan Safie merobek gawang Indonesia di Jakarta semalam.
Sukar untuk membayangkan bagaimana terjadi seandainya penalti dari pasukan Indonesia pada minit ke 17 itu gagal untuk diselamatkan, sudah pasti skripnya akan menjadi berbeza apabila moral pemain Indonesia bertambah kuat. Pasti Garuda akan mengamuk dengan lebih banyak serangan dan jaringan gol sebagaimana yang dipamerkan oleh mereka pada penghujung permainan setelah berjaya mendapatkan 2 gol.
Safee sali pula merupakan watak yang menghancurkan hati jutaan rakyat Indonesia hasil jaringan yang cukup menakjubkan di gelanggang lawan. Bukan gol nasib, tetapi gol yang bertaraf dunia seperti yang dilakukan oleh pemain bertarf dunia lain. Gol keramat itulah yang menutup kelantangan kritikan ramai pihak yang menyatakan Malaysia menang di Bukit Jalil kerana bantuan laser. Safee Sali membuktikan tanpa bantuan laser, rembatannya juga mampu menumpaskan penjaga gol Indonesia.
TAHNIAH MALAYSIA....ANDA JAGUH BOLASEPAK ASIA TENGGARA 2010.
1 comment:
semoga cuti yg diberikan kali ini adalah cuti yang bakal di cipta skuad negara di peringkat yang lebih tinggi...
Post a Comment