Ini kali ke 4 , Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2012 Putrajaya berlangsung. Gambar ini saya rakamkan pada persembahan hari Sabtu, 17 Mac 2012.
Lewat petang barulah persembahan ini dimulakan. Letih jugalah menunggu kerana sampai di tapak Fiesta, di Presint 2 Putrajaya, lebih kurang pukul 4.30 petang lagi. Persembahan hanya berlangsung pukul 6.30 petang.
Peserta yang datang terdiri daripada pelbagai negara ....
Alangkah indahnya andai dapat menaiki Belon Udara panas ni....
Menyaksikan keindahan landskap Putrajaya daripada pandangan mata sang burung ....walau pun tidak terbang seperti burung...
Impian Malaysia merebut 2 tempat teratas untuk layak beraksi di pentas Sukan Olimpik London 2012 akhirnya musnah apabila sekadar seri 1-1 dengan tuan rumah pada perlawanan terakhir kumpulan di Dublin. Keputusan itu meletakkan Malaysia sekadar dikedudukan ke 3 keseluruhan di belakang Korea dan Ireland. Kegagalan ini merupakan kali ketiga brerturut-turut Skuad Hoki Lelaki Malaysia gagal bermain di Olimpik dalam 3 edisi sukan Olimpik sejak 2004. Kali terakhir Malaysia layak bermain di pentas Olimpik pada edisi Olimpik Sydney 2000.