TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Sunday, February 3, 2019

Piala Sumbangsih 2019 : Piala Sumbangsih Kekal Dalam Almari JDT



Piala Sultan Haji Ahmad Shah kembali semula dalam almari kejuaraan JDT, sekali gus menambah rekod kejuaraan untuk kali keempat untuk pasukan JDT.  Lebih manis lagi kejuaraan untuk tahun 2019 ini merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut setelah mempertahan kejuaraan tahun lalu.

Jaringan satu-satunya gol oleh Cabrera pada minit  40 sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan milik Johor Darul Takzim untuk menafikan hajat besar skuad "bos Gaurus".   TAHNIAH untuk skuad "HARIMAU SELATAN' dan memulakan misi mempertahan kejuaraan liga dengan  tiga  mata penuh.


Monday, January 7, 2019

Piala Asia UAE 2019 : Filipina Tetap Membanggakan Asia Tenggara

Pasukan Filipina sudah pastinya akan tetap membanggakan rantau Asia Tenggara biar pun tewas 0-1 kepada pasuka Korea Selatan pada aksi pembukaan peringkat kumpulan.

Korea, pasukan ranking ke 4 Asia dan penuh dengan pengalaman bermain di peringkat lebih tinggi iaitu Piala Dunia, tetap bermandi peluh untuk menumpaskan Filipina, pasukan ranking 21 Asia dan pastinya lawan yang lebih rendah reputasinya dalam sukan bola sepak.

Mengapa Filipina membanggakan Asia Tenggara ?  Jawapannya mudah, ini penampilan kali pertama di Piala Asia dan  tewas dengan jaringan tipis kepada pasukan yang cukup berpengalaman dan mempunyai reputasi yang cukup gah di peringkat Asia dan juga dunia.

Sekalung tahniah buat  pengendali Filipima,Sven Goran Eriksson,  yang pastinya masih boleh tidur lena dan tidak akan menerima nasib  malang seperti  Milovan Rajevac yang 'ditendang' keluar awal oleh pasukan 'Harimau Biru'.


Asian Cup UAE 2019 : Iran Berpesta Gol

Iran menjadikan Yemen mangsa pertama amukannya menerusi kemenangan bergaya 5-0 pada aksi pembukaan edisi Piala Asia UAE 2019, sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain bahawa kehadiran mereka sebagai pasukan paling atas ranking Asia pada masa ini sememangnya harus digeruni untuk edisi Piala Asia kali ini.



Iran, kedudukan di ranking paling atas benua Asia dan ke 29 ranking FIFA, menepati ramalan untuk membaham dengan mudah Yemen, pasukan di kedudukan ranking  26 Asia (ranking 135 FIFA).








Senja@Bagan Lalang Memang Indah

Bagan Lalang  yang terletak di Sepang, Selangor, sememangnya menjanjikan rakaman imej visual yang cukup indah bagi 'pemburu imej panorama senja'.

Aku bukanlah 'pemburu imej panorama senja', tetapi sekadar suka-suka je rakam imej panorama senja bila datang di Bagan Lalang Sepang ni.

Aku kongsikan hasil rakaman imej visual senja daripada perspektif dan komposisi shot serta sudut bukan pro aku....hahahaha guna handphone je....



















Sebenarnya ada banyak lagi spot yang boleh dirakamkan panorama senja di Bagan Lalang ni....Datanglah berkunjung ke Bagan Lalang sekiranya ada kesempatan...Bagan Lalang ni dikenali juga dengan nama Goldcoast Sepang, cuba klik entri Goldcoast Sepang Menarik Ke?




Sunday, January 6, 2019

'Harimau Biru' Tendang Keluar Jurulatih 'Gajah Perang'



Milovan Rajevac akhirnya ditunjukkan jalan keluar oleh 'Harimau Biru'.    Video di atas menjelaskan mengapa kesan ngauman 'Harimau Biru' amat memedihkan berbanding ngauman  'Harimau Malaya' menyekat 'Gajah Perang' untuk ke pentas final Piala AFF 2018.

Ketika 'Harimau Malaya' mencakar maruah 'Gajah Perang' pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 lalu, ramai pemain utama tidak berada dalam senarai skuad Milovan Rajevac pada masa itu.   Maka terselamatlah Milovan Rajevac.   Namun kali ini tiada lagi alasan yang mampu untuk diberikan dan hanya 'jalan keluar' mampu ditunjukkan atas maruah yang telah dicalarkan oleh pasukan India yang lebih popular dan gah sebagai negara kuasa sukan kriket dan hoki berbanding bola sepak di peringkat antarabangsa.

Tahniah buat skuad 'Harimau Biru' ...dan buat skuad 'Gajah Perang' peluang tetap masih ada...maruah Asia Tenggara harus dijaga agar tidak dilabelkan sebagai pasukan belasahan dalam kejohanan tertinggi di benua Asia.

Maklumat lanjut jadual perlawanan dan keputusan perlawanan Piala Asia 2019, klik Asian Cup UAE 2019

Saturday, August 20, 2016

Jadual Suku Akhir (1) Piala Malaysia 2016

Piala Malaysia edisi 2016 semakin menghampiri kemuncaknya dengan 8 pasukan telah pun mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.  Selangor, PKNS, Kedah, N. Sembilan, PDRM, T Team, FELDA United dan Kelantan meneruskan kemaraan untuk bergelar juara Piala Malaysia 2016.

Berikut Jadual Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016 :



Monday, May 30, 2016

#rtmkita bakal ubah 'ANGKASAPURI'


RTM sebagai stesen penyiaran pilihan utama rakyat Malaysia.... Itulah yang sedang dan akan diusahakan menjadi realiti  menerusi kempen #rtmkita.  Strategi menggunakan kepakaran daripada tenaga Universiti Salford (UoS) diharapkan menjelmakan impak positif dalam Program Transformasi RTM ini.

Pelancaran Dialog Mega pada 25 Mei 2016 di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia adalah simbolik bermulanya secara rasmi kempen #rtmkita dan sehingga 8 Jun 2016, diharapkan dapat mencapai sasaran mengumpul sekurang-kurangnya 10,000 ribu pandangan/idea/harapan/komen daripada kakitangan RTM di seluruh negara dalam usaha membantu merealisasikan Program Transformasi RTM.








Tumpuan kempen #rtmkita kepada empat bidang utama iaitu bidang kebajikan, sikap, penerbitan dan fasiliti teknikal serta kandungan rancangan .  Demi membina semula Empayar RTM yang pernah gagah dan gemilang  dalam industri penyiaran Malaysia pada kira-kira 30 tahun yang lalu , marilah kita bersatu dengan menyatakan sokongan kepada kempen #rtmkita dengan menghantar pandangan/idea/komen/harapan  anda menerusi 

   i)   borang talian maklumbalas dalam talian ,sila klik di borang malumbalas #rtmkita   atau ;

 ii)   menerusi facebook 'Kita Dialog Mega' atau klik di facebook kita dialog mega
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...