Pantai di Putrajaya? Ada ke pantai...itulah yang bermain-main di fikiran aku, bila diajak bersantai di tepi pantai kat Putrajaya. Setahu aku tak pernah lagi aku dengar ada pantai di Putrajaya.
Rupanya ada yea pantai di Putrajaya ni....
Cubalah berkunjung di Kompleks Sukan Air Putrajaya, di Presint 5. Kat mana presint 5? Landmark yang paling mudah ialah Hotel Pullman...Tak tau juga kat mana hotel Pullman...dekat dengan PICC tu la....
Ada pantai berpasir lagi rupanya....
Nah cubalah tengok pantai berpasir di Putrajaya di bawah ni ...
Dah penat bersantai di pantai berpasir yang memutih tu...bolehlah rileks dan tenangkan hati dengan menyaksikan pemandangan indah salah satu ala-ala 'skyline' Putrajaya...
Maaflah yea kalau kualiti gambar yang aku snap ni tak berapa elok...maklumlah guna kamera talipon gamaknya...tu je yang ada masa tu...
No comments:
Post a Comment