Kalau 'mendaki' ke kawasan Tanah Tinggi Cameron, kunjungan terasa ada kekurangan sekiranya tidak singgah di Ye Olde Smokehouse. Kiranya smokehouse antara mercu tanda yang paling popular dikunjungi bila sampai kat Cameron Highlands.
Walau pun mercu tanda ini bukan kawasan umum...tapi kalau nak bergambar kat sini selalunya tiada masalah...yang penting kenalah minta izin dulu dengan pihak pengurusannya...dapatlah bergambar disekitar kawasan luarnya.
Antara 'spot bergambar' yang selalu diberikan kebenaran seperti dibawah ni :
Antara 'spot bergambar' yang selalu diberikan kebenaran seperti dibawah ni :
Pintu Masuk & Bangunan Utama Smokehouse : Tarikannya Taman Inggeris, Bangunan Rekabentuk English |
Sekitar kawasan Bilik Penginapan... |
Suasana dalam bilik di Smokehouse ni boleh anda rakamkan kenangannya sekiranya anda bermalam di sini...
|
Suasana dalam bilik penginapan.... |
Menikmati Atmosphere sarapan Ala Inggeris....stail ala carte & bukan buffet...tapi memang terbaikkkk!!!! |
Sekiranya anda sukakan percutian yang eksklusif dan penuh ketenangan, Smokehouse pilihan yang memang bijak . Berbaloi atau tidak...kenalah anda mencuba sendiri kerana perkara yang subjektif macam ni ....lain orang lain penilaiannya...tak gitu.... tapi kalau tanya aku dan keluarga... kira berbaloilah...