TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Tuesday, December 31, 2013

Ole-Ole 2014...




Aku tunggu mu datang 2014....kalau tak tunggu pun 'kau' akan datang gak...suka ke tak suka...tetap 365 hari aku kena menghadap 'kau'...

Dok bermain kat benak kepala aku ni.. apakah  'ole-ole' 2014 yang menarik untuk aku ?.... yang tengah hangat la ni...'NAIK'...tapi tu ole-ole yang tak sedap untuk aku....sebabnya pendapatan tak berapa nak naik....yang banyak nak naik perbelanjaan....kalau ikut bahasa ekonomi aku ...Perbelanjaan > Pendapatan = POKAI beb...tu yang aku tak suka dengan 'NAIK' ni...

Semoga 2014 lebih banyak membawa ole-ole yang mengembirakan daripada yang mendukacitakan...Amin...







Friday, December 27, 2013

Pick Your Own Strawberries@Cameron Highland





Strawberry dan Cameron Highland umpama irama dan lagu. Jika berkunjung ke Tanah Tinggi di Pahang ini sudah tentu rasa tidak lengkap sekiranya tidak mengabadikan kenangan dengan aktiviti berkaitan strawberi.  Paling 'koman', bak kata orang kampung, bergambar dengan pokok dan buah strawberi pun dah cukup bangga untuk membuktikan kita telah pun sampai di Cameron Highland ni...

Lebih menarik daripada bergambar, aktiviti memetik sendiri strawberi merupakan satu lagi tarikan yang ditawarkan di tanah tinggi ini.   Aktiviti ini dipanggil konsep agropelancongan...tapi nak join aktiviti ni kenalah keluar modal sikit yob...ada banyak tempat menawarkan pakej memetik strawberi...

Salah satu daripadanya macam gambar di bawah ni...

Lokasinya berdekatan dengan KEA Valley...kat mana KEA Valley?...ala yang dekat tempat orang beli belah sayuran tu...tak tau jugak...hotel Equatorial kat atas bukit di Cameron Highland tu...

Kat tempat aku petik ni harganya satu kilo RM50 (masa ni tahun 2013 la)...boleh masuk maksimum 6 orang petik untuk satu kilo. Kalu nak setengah kilo pun boleh tapi maksimum boleh masuk petik 3 orang je, macam kitaorang buat kat dalam gambar ni...

Buah strawberi yang kita petik letakkan dalam polisterin yang dibekalkan pada kita masa buah bayaran nak masuk di pintu masuknya.    Macam yang kat dalam gambar ni la bentuk polisterin tu...


Tapi masa petik tu kena pandailah agak beratnya sebab kalau kita bayar untuk setengah kilo tapi kita petik lebih daripada setengah kilo yang lebih tu nanti kta kena tambah bayaran lagi.  Macam kitorang petik ni lebih dah setengah kilo....kena la tambah dalam RM15 lagi kot masa tu...ye la dah hampir sekilo memetiknya.....cuba tgk hasil yang dituai kat bawah ni...





Tengok pada hasil yang kami petik...rasanya memang berbaloilah untuk duit yang kita keluar tu...lebih lagi kalau bawa anak-anak.  Bagus untuk diaorang dapat pengalaman dan pengetahuan tentang strawberi ni...kiranya ok la kan... keseronokan + pengalaman + pengetahuan = RM40 yang aku bayar....

Tapi kat sini kalau datang sekadar untuk nak bergambar dengan pokok strawberi memang tidak sesuai kerana kalau kita bayar sahja baru boleh akses untuk dapat pokok strawberi kerana kawasan kebunnya dipagar dengan zink....maknanya tak nampaklah daripada kawasan zon tak berbayar...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kalau tak nak memetik strawberi, tapi sekadar nak tengok dan bergambar dengan pokok strawberi dan  duduk santai sambil makan produk berkaitan dengan strawberi....lokasi ni boleh dijadikan salah satu pilihan kita...


Lokasinya di Kampung Sedia.  Kat mana kampung ni?...ala yang dekat dengan padang golf  Cameron Highland tu...lokasinya di tengah-tengah perjalanan antara Pekan Tanah Rata dan Pekan Brinchang...ala yang dekat dengan Smoke House tu...Kawasan ni merupakan kawasan perkampungan melayu...ada banyak pusat seperti ini di sekitar kampung Sedia ini.

Kat sini kita boleh tengok dan bergambar dengan pokok strawberi lebih dekat tanpa perlu bayar...
Dah penat mengambil gambar, menu Strawberi coklat antara menu wajar untuk dicuba di sini...


Di sini satu polisterin strawberi coklat dijual pada harga RM13 (ni harga pada tahun 2013 la )...berapa biji strawberi satu polisterin?...cuba tengoklah sendiri kat gambar bawah ni ....




Semoga catatan ini dapat memberikan sedikit idea untuk anda merancang percutian di Cameron Highland, Pahang.



Sunday, December 1, 2013

Harapan Terakhir Harimau Malaya ke Australia 2015



Ini sahaja pilihan yang ada untuk skuad Harimau Malaya.  Selain perlu menang pada perlawanan terakhir menentang Yaman, Harimau Malaya juga perlu mengharapkan 'nasib' menyebelahi mereka dengan harapan semua pasukan yang berada di atas Malaysia akan tewas pada perlawanan terakhir.

Mac 2014 akan terungkailah segala percaturan ini, dengan Harimau Malaya sudah pasti dengan wajah baru harapnya kerana tiada lagi  kelibat coach Rajagobal untuk mengetuai cabaran getir MALAYSIA ke 'Australia 2015'.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...