TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Thursday, December 29, 2011

Hello Hello 2012.....GoodBye GoodBye 2011....DEBARANNYA...

Hello 2012...sehari lagi akan muncul tahun 2012....tahun yang dinantikan dengan penuh debaran. Apakah Debarannya , banyak tapi yang menduduki carta pertama, pastinya ramalan akan berlakunya kemusnahan besar kepada bumi oleh ramai 'peramal-peramal' di serata dunia. Lebih menakutkan lagi ada pula yang berani berkata KIAMAT akan berlaku. Tak ke bedebar dibuatnya. Namun janganlah kita dok panik tak tentu hala sangat. Sebagai Umat Islam, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui bila berlakunya kiamat. Jadi janganlah kita dok percaya pada 'peramal-peramal' yang ntah dari mana dapat mimpi mengatakan KIAMAT 2012. Biarkan lah mereka terjun dengan labu-labunya.... Bagi Umat Islam Al-Quraan telah menjelaskan tanda-tanda kiamat dengan jelas, bukannnya kiamat itu datang serta merta.

Menduduki carta kedua, pastinya debaran PRU13 di Malaysia kerana ramai yang meramalkan ianya akan berlaku pada 2012, ada yang kata Februari 2012...Mac 2012 dan macam-macam tarikh lagi sepanjang 2012. yang mendebarkan bukanlah tarikh PRU 13 itu diadakan, tapi sebenarnya suasana yang akan berlaku apabila PRU 13 itu diadakan. Macam-macam andaian dibuat sekarang ni. Yang paling ketara Parti Politik yang mahu bertanding telah mula berkempen walau pun tarikh PRU13 masih kabur-kabur lagi....silap-silap hari bulan 2013 baru ada....sapa tau kan. Semuanya terpulang kepada Kerajaan yang memerintah sekarang ni untuk membubarkan kerajaan. Mereka pasti lebih bijak dan mengetahui tarikh yang sesuai untuk berbuat demikian.

Di carta ke 3, debaran pingat emas pertama Malaysia di Olimpik la.... Harapan tinggi diletakkan pada bahu Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton. Yang mendebarkan sekarang ni ialah prestasi Datuk Lee Chong Wei yang agak tidak konsisten, sejak 'dibiarkan' tanpa didikan sifunya, Datuk Misbun. Kalau dahulu halangannya hanya Lin Dan, namun kini ditambah lagi seorang pemain muda China, Chen Long. Hanya Datuk Chong Wei dan Datuk Misbun sahaja yang tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk merealisasikan Emas Olimpik itu, pada firasat saya. Namun ramai yang agak terlepas pandang kepada jaguh berbasikal kita, Azizulhasni Awang, kerana beliau juga sebenarnya berpotensi besar menghadiahkan emas kepada negara. Sapa tau kan, rezeki beliau di London nanti.....

Di Carta ke 4, pastinya debaran mempertahankan Kejuaraan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada penghujung tahun 2012 nanti. Malaysia , selaku JUARA bertahan dan akan menjadi tuan rumah bersama dengan Thailand. Memang mendebarkan kerana ramai yang tidak mahu kita gagal ke perlawanan Akhir pada kejohanan itu nanti. Bukan pemain dan jurulatih saja yang berdebar yob.....peminat juga berdebar dibuatnya. Skuad Junior kita telah melakarkan kejayaan cemerlang pada 2011 dengan mengekalkan pingat emas di Sukan SEA Jakarta...jadi tahun 2012 ni skuad senior la plak kena meneruskan kesinambungan kegemilangan bola sepak kita di peringkat Asia Tenggara ni.

ok lah itu je yang aku nak kongsikan debaran menjelang 2012 yang akan muncul tak lama lagi ni.....HELLO HELLO 2012.....GOODBYE GOODBYE 2011.....

Thursday, June 2, 2011

Cotton Shoppe: COTTON LATEST MAY 2ND BATCH - STOK YANG MASIH ADA....

Cotton Shoppe: COTTON LATEST MAY 2ND BATCH - STOK YANG MASIH ADA....: "COTTON SATEEN KOD KAIN : CS 1 HARGA : RM 90.00 COTTON SATEEN KOD KAIN : CS2 HARGA : RM 90.00 SOLD ..."

Saturday, May 28, 2011

TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Seperti biasa rutin harianku selain kerja ku di opis, aku akan hantar dan ambil heroku pergi prasekolah. Umur heroku ni baru 5 tahun je. Maklum lah zaman canggih ni kena hantar awal ke prasekolah. Risau gak kalau lambat hantar belajar....jauh lak dia tetinggal. Aku dulu 7 tahun baru mula sekolah...tadika pun takde. Tapi bukan itu cerita yang nak aku kongsikan....

Cerita yang sebenarnya....pada satu hari aku ambil heroku ni dari sekolahnya. Masuk je kereta aku pun tanyalah dia ada banyak tak kerja rumah hari ini. Aku bertanya dalam bahasa 'orang putih'...taklah tergamak la aku nak tulis kat sini...maklumlah orang kita kata 'broken english'...tapi mesejnya orang faham...kira okey lah tukan....nak tau apa herokuk jawab :

Heroku : papa cakap melayu lah....jangan lah cakap English....

Aku : kenapa tak boleh cakap English ?

Heroku : kita orang Melayu kena lah cakap Melayu....

Aku : Takpe la orang melayu pun boleh cakap English...

Heroku : orang Melayu kenalah cakap Melayu papa..

Aku : habis tu nak cakap English dengan sape ?

Heroku : kalau nak cakap English kena dengan orang bukan Melayu...

Sambil memandu aku tersenyum. Aku tertanya-tanya sape yang ajar dia cakap macam tu...
Aku tak pernah pula ajar dia macam tu. Dalam hatiku tertanya-tanya...tak tau lah samada ia petanda Positif atau negatif. TAPI YANG PASTI TERINGAT KATA HANG TUAH...TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Sunday, May 15, 2011

Sunday, May 1, 2011

Dunia Jakie: Saad Abi Waqqas r.a : Orang Pertama Menyebarkan Dakwah Islam di China

Dunia Jakie: Saad Abi Waqqas r.a : Orang Pertama Menyebarkan Dakwah Islam di China

Saad Abi Waqqas r.a : Orang Pertama Menyebarkan Dakwah Islam di China

MEMORIAL SAAD ABI WAQQAS


Bangunan Memorial Saad Abi Waqqas

Memorial Saad Abi Waqqas dibina sebagai menghargai sumbangan jasanya menyebarkan dakwah Islam di China.   Lokasi makamnya di kota Guangzhou, wilayah Guangdong, China.


Pemandangan dari depan Memorial Saad Abi Waqqas

Memorial ini menjadi tumpuan pelancong dari luar negara dan tempatan setiap kali berkunjung di Bandaraya Guangzhou.

Nama Saad Abi Waqqas pada papan tanda pada pintu masuk Memorial Saad Abi Waqqas 




 pintu masuk ke dalam makam Saad Abi Waqqas

Dicatatkan dalam sejarah China, Saad Abi Waqqas merupakan orang pertama menyebarkan dakwah Islam di China. Saad Abi Waqqas telah singgah di Pelabuhan Canton (kini Guangzhou) pada sekitar abad ke 7 masehi.


Pandangan dari dalam bangunan Memorial Saad Abi Waqqas

Terdapat 3 pandangan tentang Makam sebenar Saad Abi Waqqas iaitu :

1. Baginda disemadikan di kota Mekah

2. Baginda disemadikan di Syam.

3. Baginda disemadikan di Guangzhou, China

Namun ramai yang percaya , Saad Abi waqqas sebenarnya disemadikan di mekah.



Monday, March 14, 2011

Dunia Jakie: Dinosour menyerang Malaysia?

Dunia Jakie: Dinosour menyerang Malaysia?: "Terkejut aku dibuatnya bile terserempak dengan telur DINO ni di KL. Mula-mula tak percaya gak aku....bermimpikah aku ? tapi bile aku tampar ..."

Dinosour menyerang Malaysia?

Terkejut aku dibuatnya bile terserempak dengan telur DINO ni di KL. Mula-mula tak percaya gak aku....bermimpikah aku ? tapi bile aku tampar pipiku, bila kucubit tanganku....semuanya ...mak oiii bukan main sakit lagi....Sah aku bukan bermimpi tetapi aku di dunia realiti....menggeletar lututku....apa taknya tibe-tibe je menetas pulak telur DINO ini....adoooi....

tibe-tibe ntah dari mana lak datangnye muncul DINO yang nak kata hensem tak la gak...nak kata hodoh...ntah la ...tapi seram sejuk aku dibuatnya bile tibe-tibe je datang depan mataku ni.....





Ntah dari mana lak datang idea...Aku teringat kata orang-orang lama...kalu jumpe ngan binatang ni...jangan lari....ko sonyum je kat dio...apa lagi aku pun buat la macam tu...kontrol macho...tak lari beb...dan sonyum sampai ke tolingo....tibe-tibe muko si DINO yang garang tadi bertukar jadi macam kat sobolah atas ni...bukan main senyom lebor lagi dio....apa lagi lega lah hati teman yob.... Nak tau apa kesudahannya.....ikuti sambungannya dalam entri berikutnya......

Monday, March 7, 2011

Kenali Laksamana Cheng Ho - Bah. 3


TAMAN ZHENG HE


Tugu Zheng He (Laksamana Cheng Ho), berdiri megah di pintu masuk Taman Zheng He. Lokasi Taman Zheng He, di atas bukit Yueshan, bandar Kunyang, wilayah Yunnan, China.



Muzium Zheng He menyimpan khazanah bersejarah tentang Laksamana Cheng Ho. Struktur Bangunan muzium ini dibina berdasarkan rekabnetuk kapal pelayaran Laksamana Cheng Ho.


Pintu gerbang di jalan menuju ke kediaman asal keluarga laksamana Cheng Ho.






Reka bentuk bangunan muzium Zheng He (Laksamana Cheng Ho)yang diinspirasikan daripada model kapal pelayaran Cheng Ho. pada kurun ke 15 masehi.



Di rumah inilah Laksamana Cheng Ho dibesarkan oleh keluarganya. Berkunjung ke Taman Zheng He, pastikan lawatan anda di sini.



Patung Zheng He dan sepupunya dibina di taman dalam kawasan rumah kediamannya, semasa zaman kanak-kanaknnya.


Patung Zheng He bersama datuknya, yang banyak memberi nasihat dan mengajarnya sehingga menjadi wira dunia yang tiada tandingannya sehingga pada hari ini.




Kunjungan di Taman Zheng He pastinya lebih bermakna sekiranya dapat bertemu dengan generasi ke 18 Zheng He (dari kiri ; saya la tu..., generasi ke 18 Zheng He, Daisy )













Sunday, March 6, 2011

Dunia Jakie: Kenali Laksamana Cheng Ho - part 2

Dunia Jakie: Kenali Laksamana Cheng Ho - part 2: "Laksamana Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 masehi, di perkampungan Hedai, Kunyang, Wilayah Yunnan, China. Nama sebenarnya Mah Sam Po dan..."

Friday, March 4, 2011

Dunia Jakie: Kuching : Kombinasi Ciptaan Ilahi & Kreativiti man...

Dunia Jakie: Kuching : Kombinasi Ciptaan Ilahi & Kreativiti man...: "Apabila senja melabuhkan tirainya... Bandaraya Kuching, Point of view daripada Kuching River Cruise. Alangkah indahnya pengalaman menikm..."

Dunia Jakie: Kenali Laksamana Cheng Ho - part 1

Dunia Jakie: Kenali Laksamana Cheng Ho - part 1: "Laksamana Cheng Ho merupakan satu-satunya tokoh pelayaran laut dunia yang berjaya mengelilingi dunia sebanyak 7 kali. Nama asalnya Ma He. B..."

Kenali Laksamana Cheng Ho - Bah 2

Nama asalnya Ma He. Beliau merupakan etnik muslim Hui yang dilahirkan di pekan Kunyang, China.. Laksamana Cheng Ho merupakan satu-satunya tokoh pelayaran laut dunia yang berjaya mengelilingi dunia sebanyak 7 kali.



Pekan Kunyang, kira-kira 60 km dari Kunming, terletak di Wilayah Yunnan, China. Disinilah bandar kelahiran Laksaman Cheng Ho.



Dianchi lake merupakan tasik yang banyak mengajar Laksamana Cheng Ho untuk menjadi pelayar terhebat dunia. Lokasinya Dianchi Lake ini di Kunyang dan menganjur sehingga ke Kunming, wilayah Yunnan, China.








Wednesday, March 2, 2011

Kuching : Kombinasi Ciptaan Ilahi & Kreativiti manusia

Apabila senja melabuhkan tirainya...
Bandaraya Kuching, Point of view daripada Kuching River Cruise.



Alangkah indahnya pengalaman menikmati
suasana senja di atas dek Kuching River Cruise
.




Sunday, February 13, 2011

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 3

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 3

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 3

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 3: "BEIYUANMEN STREET Lokasinya di bandar Xian. Ia dikenali sebagai lokasi budaya Islam di bandar Xian kerana di sinilah majoriti etnik Islam C..."

Tour de Xian : Part 3



BEIYUANMEN STREET



Lokasinya di bandar Xian. Ia dikenali sebagai lokasi budaya Islam di bandar Xian kerana di sinilah majoriti etnik Islam China tinggal dan berniaga.










Beiyuanmen Street dibina sepanjang 1100 meter. Di kiri kanannya terdiri daripada pelbagai jenis kedai.














Antara Wajah-wajah etnik muslim di China yang berniaga di Bieyuanmen Street. Etnik Muslim di China terdiri daripada etnik Hui, Uighur, Kazak dan Krgyz.













Papan jalan yang tertulis Beiyuanmen.


















Beiyuanmen Street berkonsepkan lorong pejalan kaki dengna di kiri kanannya terdiri daripada kedai-kedai.














Bagi pelancong Islam yang berkunjung di Xian, makanan halal banyak terdapat di sini.
















Beiyuanmen street merupakan lokasi tumpuan pelancong luar di Xian. Kedai makan, cenderahati banyak terdapat di sini.















Monday, February 7, 2011

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 2

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 2: "BANDAR BERSEJARAH XIAN Xian terletak di Wilayah Shaanxi, China. Bandar ini pernah menjadi pusat pemerintahan kuno beberapa dinasti China ..."

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 2

Dunia Jakie: Tour de Xian : Part 2

Tour de Xian : Part 2


BANDAR BERSEJARAH XIAN


Xian terletak di Wilayah Shaanxi, China. Bandar ini pernah menjadi pusat pemerintahan kuno beberapa dinasti China seperti Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui dan Tang.




















Xian Diiktiraf sebagai antara kota tertua di negara China. Dahulunya ia dikenali sebagai Chang'an pada zaman pemerintahan Dinasti Han sekitar tahun 206 hingga 220 sebelum masehi.

















Xian merupakan lokasi bermulanya laluan sutera darat di China. Kedatangan Saad Abi Waqqas pada tahun 651 masehi dianggap bermulanya penyebaran dakwah Islam di Xian.











Sunday, February 6, 2011

Tour de Xian : Part 1



XIAN CITY WALL


Ia merupakan satu-satunya , di negara China, kota bandar yang masih kukuh berdiri mengelilingi sebuah bandar (Xian) sepenuhnya.
Lokasinya di bandar Xian, Wilayah Shaanxi, China.











Anda boleh mengelilingi kota ini menggunakan basikal yang disediakan di kota ini.










Kota ini didirikan sekitar abad ke 14 pada zaman Dinasti Ming. Keluasannya 14 kilometer persegi dengan ketinggian temboknya mencecah 12 meter.






















Monday, January 31, 2011

Canton : Lokasi Laluan Sutera Laut Pertama di China







Gambaran pelukis tentang kesibukan pelabuhan Canton pada abad ke 7 masehi.






Canton kini dikenali sebagai Guangzhou terletak di wilayah Guangdong, China. 



Pelabuhan Canton merupakan lokasi pertama laluan sutera laut di China, yang telah membawa Saad Abi Waqqas singgah di sini dan seterusnya menjadi orang pertama menyebarkan dakwah Islam di Canton dan di China.

Masjid Daxuexiexiang, Xian, china

Masjid ini merupakan antara masjid tertua dan terawal di negara China. Terletak di kota Xian, wilayah Shaanxi di China. Ia dibina pada sekitar abad ke 7 Masehi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...