Menang atau Seri pada perlawanan terakhir kumpulan, akan menjamin untuk slot ke pusingan kedua Piala AFC 2012 kepada skuad kendalian Bojan Hodak. Itulah percaturan mudah untuk Kelantan mencipta sejarah di Piala AFC 2012, sekali gus mengiringi pasukan Terengganu, yang telah pun layak ke pusingan ke 2.
Namun jalan mana yang ingin dipilih oleh skuad Kijang, 'simpang LULUS' atau 'simpang GAGAL' ? Di atas kertas, 'Simpang LULUS' lebih cerah untuk dituju, apatah lagi bermain di laman keramat, Stadium Sultan Mohd. IV pada perlawanan terakhir kumpulan H. Namun, di atas padang, pasukan Ayeyawady United dari Myanmar masih boleh menghalakan laluan Kelantan ke 'Simpang GAGAL'. Itu tidak mustahil berlaku sekiranya Kelantan mampu dijinakkan dan pasukan Navibank Saigon mencipta kemenangan dalam satu lagi perlawanan, dengan syarat boleh memadamkan kelebihan perbezaan gol pasukan 'The Red Warriors'.
Episod duka kalah 1-3 pada Ayeyawady United pada pertemuan di Myanmar seharusnya dilupakan dan ditukarkan dengan sesuatu yang lebih bermakna di hadapan penyokong sendiri. Saya percaya semangat
'layak ke pentas akhir Piala FA' dan 'jinakkan skuad muda Singapura', yang masih segar, pastinya akan menjadi inspirasi untuk Kelantan bergaya melangkah ke Pusingan ke 2 Piala AFC 2012.

Berikut kedudukan terkini kumpulan H setelah menamatkan 5 perlawanan:
Carta Kumpulan H
1. KELANTAN - 10 mata
2. NAVIBANK SAIGON - 7 mata
3. AYEYAWADY UNITED - 7 mata
4. AREMA INDONESIA - 4 mata
Maklumat terperinci tentang Piala AFC 2012, ikutinya Piala AFC 2012
No comments:
Post a Comment