REAL MADRID ( 2 ) vs BAYERN MUNICH ( 1 )
( Bayern Munich layak ke Akhir, Agg. , 3-1 (penalti) )
BARCELONA ( 2 ) vs CHELSEA ( 2 )
( Chelsea layak ke Perlawanan Akhir, Agg. 3-2 )
BPL' vs 'BUNDESLIGA' . Begitulah skripnya pada aksi akhir Liga Juara-Juara UEFA 2011/12. Chelsea (BPL) dan Bayern Munich (Bundesliga) akan berentap pada aksi kemuncak Liga Juara-Juara UEFA pada 19 Mei 2012 ( awal pagi 20 Mei 2012 - waktu Malaysia).
Bayern Munich mencatatkan satu lagi aksi dramatik pada perlawanan separuh akhir ke 2 di Santiago Bernabeu, sehari selepas Chelsea melakukannya di Nou Camp. Skripnya ke final hampir serupa dengan aksi Chelsea di Nou Camp, Barcelona, apabila pasukan pelawat ketinggalan 2-0 sebelum disamakan aggregatnya. Bezanya Chelsea bangkit dan layak ke final dengan 10 pemain tanpa perlu mengharungi penentuan penalti, sebaliknya Bayern Munich bangkit dan sepakan penalti menjadi penentuan untuk mengesahkan malam bersejarah kelab Jerman beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA 2011/12.
Juara baru akan dinobatkan pada musim ini dan 2 pasukan yang layak ke aksi kemuncak ini sewajarnya berhak untuk dinobatkan sebagai 'Juara Baru' Liga Juara-Juara UEFA 2011/12.
No comments:
Post a Comment