TAWARAN MENARIK UNTUK ANDA....

Terkini...Dunia Jakie Headline Animator

WOW !!! SEMUANYA UNTUK ANDA...

Saturday, December 13, 2014

GreatMomento@Bali 2014 - Bah. 2


KINTAMANI VOLCANO TOUR 


Tarian Barongan atau Barongan Dance...aktiviti pertama seawal pukul 8.30 pagi aku ngan famili aku dibawa dalam pakej Kintamani Volcano Tour pada hari pertama di Pulau Bali.

Nak masuk tengok pertunjukkan salah satu 'Ikon Pulau Bali' ini kenalah bayor sikit....harganya Rp 100,000 (lebih kurang dalam RM30 la macam tu ) seorang...termasuklah anak aku yang umur 8 tahun tu...sebenarnya ada banyak tempat yang buat pertunjukkan ni....tempat yang aku pergi ni namanya Sari Dewata Budaya.  

Kalau tanya kat aku best ke tak best....aku bagi 3.5 bintang la daripada 5 bintang....kira okeyla ...kat bawah ni aku tunjukkan beberapa foto yang sempat aku snap untuk panduan korang kalau ada minat nak tengok tarian ni...






Zaman selfie ni...apa lagi sekeluargalah berselfie.....guna  monopod la ...


Selepas lebih kurang 1 jam ( setengah jam tengok show Barongan tu plus amik gambar )...Destinasi yang seterusnya....kami bergerak pula ke Sari Dewi Gold & Silver Collection, di perkampungan Celuk.   

Kawasan ni dipanggil kampung 'emas dan perak' sebab aktiviti pembuatan barangan perhiasan emas dan perak memang banyak sekali.   Salah satunya ... Sari Dewi Collection ... tempat yang kitaorang singgah ni la...jangan risau tiada bayaran masuk pun dikenakan...free je tengok diorang buat perhiasan emas dan perak ni...tapi kalau nakkan barangan perhiasannya kenalah bayor yob....hahaha....


Kat pintu masuk kenalah snap yob....

Antara tarikan hardscape yang menjadi identiti Sari Dewi Collection....



Free je tengok  ketekunan artis ni....

boleh berselfie di sini tanpa sebarang bayaran...


Setengah jam pastu ...kitaorang gerak lagi...destinasi seterusnya....tempat orang melukis la plak....dekat je dari lokasi barangan perak tadi....

sampai kat situ...perghhh....memang terbaik la lukisan artis-artis kat sini...korang tengoklah sendiri kat bawah ni beberapa foto yang aku snap ni...







ni pintu masuk ke galeri lukisan ni....

Harganya? ...bagi aku masih murah lagi kalau nak bandingkan dengan cantiknya lukisan yang diaorang lukis tu....tapi aku tak lah beli yob....tengoknya ...hahahaha.....

Kat galeri lukisan ni kitaorang tak amik masa lama...lebih kurang setengah jam je...pastu gerak lagi la....destinasi seterusnya.....

Kampung Tegalalang...


View teres padi di Kampung Tegalalang...


Nak singgah sini kena bayor sikit yob....murah je Rp 5,000 (lebih kurang RM1.50 seorang)....apa nak buat kat sini....apa lagi amik gambar la yob...scenery kat sini kira unik la gamaknya...pastu ia dah jadi ikon pulau Bali....kena lah bergambar ....cuma masa kami kat sini padi dah dituai...kurang la sikit cantiknya tu....hahaha ....korang tengoklah gambar kami kat bawah ni...




kalau nasib baik dapat la bergambor dengan petani kat situ....


Wajah dan identiti masyarakat Bali di Tegalalang



Kat sini terdapat juga kedai jual cenderahati...kedai makan...korang tengoklah sendiri kat bawah ni....







kedai jual ais krim pun ada juga yob...tapi idak la kami mencubanya....cume amik gambor je la kat sini.....


View teres padi tu kat sebelah kiri tu je....betul-betul berdepan dengan kedai ais krim ni...




Habis je kat kampung Tegalalang....kami terus saja mendaki untuk ke Kintamani....lebih kurang sejam lebih kot dari kampung Tegalalang....kat situlah  kemuncaknya.... DESTINASI INI ADALAH KATEGORI 'WAJIB LAWAT' DI PULAU BALI......

Apa lagi kalau bukan pemandangan indah Gunung dan Danau Batur la ...




















selepas ini kami ke ladang kopi....kopi musang yang kontroversi tu....tunggu dalam entri yang akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...